Assalamualaikum
Betul bahawa banyak diluar sana yang bernikah dengan niat yang salah. Sedangkan nikah adalah untuk seumur hidup. Bukan hanya untuk satu atau dua hari saja. Jika niatnya sudah salah, kuatkah kita menjalani pernikahan itu?
Ada tiga hal penting yang wajib dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk melayari dalam bahtera rumahtangga dan sebelum ijab kabulkan iaitu niat untuk bernikah haruslah benar, harus kerana Allah swt dan bukan kerana tiga hal ini seperti " Menikah kerana cemburu melihat kawan-kawan sudah bernikah ", " Menikah kerana sudah bosan dengan pertanyaan wajib apabila tiba waktu berkumpul "Bila nak makan nasi minyak nie?". " Menikah kerana kamu merasa selepas menikahi seseorang, masalah akan tentang pernikahan akan selesai ".
Percayalah, jika niat asal adalah salah satu yang ada diatas itu, maka kebahagiaan pernikahan tak akan pernah kamu dapatkan. Kita semua setuju bernikah adalah salah satu pembuka rezeki terhebat dan layaknya menyempurnakan separuh agama. Namun apakah kamu yakin bahwa pernikahan nanti akan membawa mu lebih dekat dengan Allah swt?
Menikahi seseorang seharusnya mampu membuat pasangan menjadi lebih soleh dan soleha. Lebih baik dari segala hal. Bukannya malah merosakkan segalanya. Jadi, jangan tergesa-gesa bernikah jika masih ada niat tak baik dalam hati dan fikiran. Betulkan niat, pilihlah pasangan yang tepat dan satukan visi dan misi dalam menjalani rumahtangga.
Memang benar, menyegerakan bernikah bagi orang yang sudah mampu menjalani kehidupan rumahtangga adalah suatu perbuatan yang baik. Menyegerakan disini tak bererti harus terburu-buru. Buat apa bernikah tetapi tak ada manfaatnya di dunia dan akhirat dan akhirnya terjadi perceraian. Kalau terjadi penceraian, siapa yang rugi?
Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki, nasib, untung, rugi semua sudah di tulis Allah dalam Luh Mahfuz. Walaupun pahit diterima, namun Allah Maha Mengetahui segala. Pilih pasangan yang mampu membawa kita untuk terus berada di jalan Allah swt. Supaya nanti kita dipertemukan dalam syurgaNya yang agung. Aminnn..
yang penting,betulkan nawaitu.. jangan berkahwin kerana nafsu. Buruk padahnya kan eyqa?
ReplyDeleteBetul betul betul.. Niat asal harus betul
DeleteSetuju sangat. Bernikah hanya bila kita mampu dan niat kerana Allah.
ReplyDelete