Assalamualaikum
Lemak adalah sangat penting kepada badan kita. Namun sekiranya lemak di dalam badan kita melebihi tahap normal, ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Fungsi lemak kepada badan ialah:
Fungsi lemak kepada badan ialah:
- Membekalkan tenaga kepada bahan dalam keadaan kekurangan karbohidrat seperti semasa berpuasa atau kebuluran.
- Membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K di dalam usus.
- Sebagai simpanan tenaga.
- Membantu membentuk satu lapisan pelindung pada permukaan organ-organ badan.
- Membentuk lapisan penebat di bawah kulit untuk mengawal suhu badan kita pada paras normal dan mengelak diri kita daripada kesejukkan.
- Membantu dalam fungsi fisiologi saraf, kulit, rambut dan hormon.
Formula Kiraan
Formula ini mungkin tidak berapa tepat tetapi boleh dijadikan rujukan. Masa mengukur adalah di waktu pagi dengan perut kosong setelah tidur sekitar 8 jam.
Formula untuk kanak-kanak: Body Fat % = (1.51 x BMI) – (0.70 x Umur) – (3.6 x Jantina) + 1.4
Formula untuk orang dewasa: Body Fat % = (1.20 x BMI) + (0.23 x Umur) – (10.8 x Jantina) – 5.4
NOTA PENTING!
Jantina, Lelaki = 1, Perempuan = 0.
great info.. boleh kira lemak lepas ni
ReplyDeleteHaaa betul tu.. Boleh lebih alert dengan pemakanan selepas nie
Deletebagus ni =)
ReplyDeleteinfo berguna, tapi kakaq tak sanggup nak kira lemak kakaq weyhhh!!!!
ReplyDeleteKejapp nak ambil calculator nak kiraa. Fuhhh
ReplyDeleteHahahahaaa harap tabah!
Deletethanks sharing .baru tau ni.. pasni bole dah kira2
ReplyDeleteMost welcome. Hahahaaa sila kira betul betul ya
Delete