Pilihan Terbaik ESP Shaklee

Assalamualaikum
Selepas aku membebel dalam entry ESP Shaklee Atau Meal Replacement Herbalife, aku ambil masa yang lama jugaklaa untuk berfikir. Aku buat bancian sensorang yang mana lagi okay dan terbaik sebagai meal replacement 😅

Fikir punya fikir sampai duit cukup, aku pun decided beli ESP Shaklee. Aku beli dengan kawan aku je. Berharga RM127.20, murahla tu. Nak tunggu stok bukan main lama lagi tau! 🌝😪 Semalam baru dapat ESP tu. Excited nak minum okay!

So, sahur tadi first time minum ESP tu. Aku sebenarnya fikir lama sebab aku takut ESP tu rasa macam susu. Aku nie tak minum susu. Hahahahahahaa 😂 Tadi aku bancuh sesudu ESP guna sudu susu anak saudara aku campurkan dengan air milo suam. Yummy! Sedap! 😋
Untuk cara pengambilan ESP bagi newbie macam aku nie, boleh rujuk entry Irine Nadia Cara Minum ESP Shaklee Yang Betul. Aku harap ESP Shaklee nie beri kebaikan laa untuk aku yang masalah kulit dan berat badan nie 🤣🤣🤣

Semalam perut aku pedih jangan cakapla. Rasa nak berbuka je. Selain pedih perut, rasa mengantuk tu macam tak boleh buka mata. Dalam setengah jam aku tidur-tidur ayam depan pc *takut bos tahu* sambil pegang mouse kononnya tengah buat kerja. Hahahahahahaaa macam tak guna je pekerja macam nie.

Okaylaa, nak sambung siapkan design berlambak nie. Kang tak siap, bos marah! Lusa baru off day, macam lama sangat je nak kena tunggu 😢 Waktu tengahari bulan Ramadhan memang syok kalau dapat lelapkan mata weyy!
❝ Lepas nie nak tukar template blog laa. Rasa macam tak matured je design sekarang. Hahahahahahaahahahaaa 🤣🤣🤣🤣🤣  ❞

5 Comments

Previous Post Next Post