Tips/Petua : Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

Assalamualaikum
 



Tips/Petua : Hilangkan Jerawat Dengan Cepat | Hari nie nak kongsi tips atau petua yang aku dapat dari facebook. Taktahulaa menjadi ke tak pada korang tapi untuk kali pertama aku buat semalam, so far okay. Itu pun baru kali pertama aku cuba. Hahahahahaa risau jugak kalau tiba-tiba kulit makin breakout.
 

 

So, semalam gigihlaa aku rendam beras setengah jam dan blend bersama-sama kunyit hidup. Sepatutnya kena rendam beras tu semalaman tapi disebabkan level kesabaran sangat tidak subur, aku rendam sekejap je. Hasilnya? Beras tak lembut dan tak hancur sangat. Ehh! Okay apa, aku jadikan scrub.

Aku tempek kat muka selama setengah jam. Selepas sepuluh minit tempek tu, memang kulit akan rasa tegang tapi tak pedih. Gatal-gatal sikit je lepas tu tak rasa gatal dah. Bila dah setengah jam, reti-reti laa pergi cuci muka tu. Tapi janganlaa kau siram macam tu je muka dengan air. Ambil sedikit air untuk basahkan tapak tangan dan kau urut muka tu. Ala-ala pakai scrub mahal gitu.

Tonyoh-tonyoh area t-zone tu, buat bulatan penuh sekali di area pipi dan seluruh muka okay. Dalam 3 hingga 5 minit je. Kang lama-lama, cramp pulak tangan tu. Lepas tu, cuci laa muka sebersihnya. Cuci pakai cleanser selepas guna air biasa. Aku guna cleanser cetaphil je and rasa lembut je kulit lepas scrub macam tu.

Lepas tu, keringkan kulit muka tu, sapu dalacin t area jerawat yang tengah kembang mekar tu. Ingat! Jangan lepas kau scrub muka tu, kau expect jerawat kau terus dituai oleh scrub tu. Rajin-rajinlaa bersihkan muka tu. Aku pun nak try lagi malam nie. Sebab beras dah rendam lagi sejak semalam. Hahahahahahaaa..

5 Comments

  1. Tak pernah try lagi homemade scrub beras + kunyit . Ada jugak terbaca bkesan untuk hilangkan jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah berkesan kot. Hahahahahaa.. Boleh try lepas nie

      Delete
  2. nnti boleh try ni disebabkan muka penuh jerawat sekarang haih. Apa apa pun thanks sis!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu try. Lepas cuci, memang kulit rasa lembut je. Welcome dear :)

      Delete
  3. ada jerawat memang merimaskan kan..huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post