Tips/Petua : Cara Membuat Aloe Vera Gel Homemade

Assalamualaikum
 

Tips/Petua : Cara Membuat Aloe Vera Gel Homemade | Tips kali ini aku nak kongsi cara bagaimana nak buat aloe vera gel homemade. Aku suka try benda-benda homemade nie. Sebab lately dah tak berapa nak yakin dengan apa yang ada dipasaran. Banyak menipu je..

Bahan-Bahan

1. 3-4 keratan aloe vera (lidah buaya)
2. Air mawar
3. Blender dan pisau
 
 

Cara-Cara

1. Potong kulit hijau aloe vera dan ambil isi putihnya.
2. Masukkan isi putih aloe vera ke dalam blender dan masukkan sedikit air mawar.
3. Blend isi sehingga hancur
4. Simpan didalam botol atau botol spray
 
Done! Mudah sangatkan? Tak susah pun nak sediakan semua nie dengan syarat, RAJIN! Kalau rajin google, rajin usaha, rajin buat, insyaAllah dapatlaa hasilnya. Tadaaa! Aku dah buat amalkan jugak aloe vera gel homemade nie.

Tapi aku letak air mawar banyak sebab aloe vera aku berbau kuat sangat. So, nak hilangkan bau tau memang letak air mawarlaa ceritanya. Amalkan setiap hari okay.. Setiap kali lepas cuci muka memang aku sapu benda nie.

Kalau kulit muka tu burn, boleh sapu sebab aloe vera nie bersifat sejuk. Sangat-sangat sesuai! Ingat, kena rajin. Baru semuanya akan menjadi. Kalau malas, kirim salam je laa kepada cantik. Memang susah nak cantik.

11 Comments

  1. Mudah dan jimat duit , yang penting kena rajin .. bila dah siap simpan dalam peti sejuk , best bila sapu pada muka nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu. Sangat-sangat jimat berbanding beli aloe vera di drugstore..

      Delete
  2. lebih suka beli yang dah dalam bekas hahah senang

    ReplyDelete
  3. senang je nak buat.. lebih jimat dan takde bahan kimia lagi kalau buat sendiri kan..

    ReplyDelete
  4. IQ beli pokok aloevera semata2 untuk anak, nak pakai gelnya, sekali xngam dengan dia. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa, macam tu pokok.. Semangat oitt beli pokok aloe vera..

      Delete
  5. The dead skin cells and fragments from the pores are removed in exfoliation., we can use aloe vera gel after exfoliating to make the skin smooth and shiny.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post