Resepi : Cucur Viral Lemak Manis Bakar

Assalamualaikum

Lepas balik kerja semalam, lapar gila perut. Parents pergi ke kenduri kat Kota Bharu. Memang menyesal gila tak singgah kedai runcit beli roti ke apa 😑 Entah macam mana teringat cucur viral lemak manis tu. Gigih laa aku letak handbag dan barang-barang kerja terus bersilat kat dapur.

Resepi Cucur Viral Lemak Manis Bakar by Eyqa Hasnan

Bahan-bahan

1. 3 cawan tepung
2. 3 cawan air panas yang mendidih
4. 5 sudu gula
5. Secubit garam
6. TV yang tayangkan cerita menyeronokkan

Cara-cara

1. Gaulkan sebati tepung, air panas, gula dan garam.
2. Bentukkan bulat seperti bola ping pong
3. Masukkan ke dalam kuali yang minyak betul-betul panas (deep fry)
4. Pergi tengok tv dalam 6 minit
5. Angkat dan toskan cucur viral lemak manis
6. Sedia untuk dihidangkan!

Selamat Mencuba

Jeng....

Jeng....

Jeng...

Jeng..

Lihatlah! Lihatlah! Hahahahahahahaa.. Bila nak elok entah buat kerja 😂 Haritu dah jadi Keropok Lekor Bakar. Semalam cucur viral lemak manis bakar pulak. Sedap tapi hangit 😁😂 Bergelak-gelak aku sensorang kat rumah. Gara-gara layan cerita Ali Baba Bujang Lapuk punya pasal.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ya Allah.. baru nak teruja tengok hasilnya. Bella pun dah buat. Hidangkan dekat mak mentua lagi. Paling best tok makan banyak sangat. Walaupun bentuk ntah apa2x. 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa eyqa punya terhangit. Hihihihii biasanya mula-mula je bulat. Lama-lama pelbagai bentuk terjadi

      Delete