6 Langkah Tingkatkan Jangka Hayat Alat Penyaman Udara Anda

Assalamualaikum

Alat penyaman udara memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang lebih nyaman dan selesa di dalam rumah. Oleh itu, ramai pemilik rumah menganggap alat penyaman udara sebagai satu pelaburan yang amat berbaloi.

Menurut pakar penyaman udara, jangka hayat bagi alat penyaman udara boleh mencecah 15 tahun jika ia diselenggara dengan baik. Jadi, jika anda ingin memastikan pelaburan anda yang bernilai ribuan ringgit itu menjadi pelaburan yang berbaloi untuk tempoh yang lama, ikuti langkah mudah berikut.


1. Kapasiti Alat Penyaman Udara Sesuai Dengan Saiz Bilik

Semakin besar sesuatu ruang, semakin besar kuasa kuda (horse power - HP) yang diperlukan. Menurut pakar, alat penyaman udara jenis unit pisah (split unit) dan jenis kaset sesuai untuk kegunaan rumah. Jenis unit pisah akan dipasang di dinding dan perlu dipasang sekitar 9 hingga 10 kaki dari lantai. Manakala bagi jenis kaset pula, ia akan digantung di siling rumah dan memerlukan ketinggian siling sekurang-kurangnya 12 kaki.

Jadi, sebelum membuat pembelian alat penyaman udara, dapatkan nasihat daripada pakar penyaman udara tentang jenis dan kapasiti yang sesuai untuk setiap ruang di rumah anda. Apabila alat penyaman udara yang dipasang itu sesuai dengan saiz ruang, ia akan berfungsi dengan efisien setiap kali digunakan.

2. Gunakan Fungsi Penjimatan Elektrik

Boleh dikatakan semua alat penyaman udara keluaran baharu hadir dengan fungsi penjimatan elektrik (energy saving), mod automatik (auto mode) atau mod tidur (sleep mode). Secara asasnya dengan ketiga-tiga fungsi ini, alat penyaman udara akan terpasang dan terpadam dengan sendiri mengikut keperluan.

Alat itu akan terpasang sehingga suhu bilik menjadi seperti yang anda tetapkan di termostat dan padam dengan sendiri. Apabila suhu bilik meningkat, ia akan pasang semula. Fungsi ini akan menyebabkan alat itu hanya bekerja untuk tempoh yang singkat untuk setiap sesi, menggunakan elektrik dengan lebih efisien dan sekaligus meningkatkan jangka hayatnya.

3. Lakukan Servis Secara Berkala

Sama seperti alat elektrik yang lain, alat penyaman udara juga perlu diservis mengikut jadual yang telah ditetapkan. Menurut pakar, kebiasaannya alat tersebut perlu diservis setiap empat hingga enam bulan, bergantung kepada tahap pengunaan. Setiap kali pakar penyaman udara melakukan servis, unit dalam dan unit luar akan dibersihkan, dan gas penyejuk juga akan ditambah jika perlu.

Kebiasaannya, caj yang dikenakan untuk servis biasa adalah antara RM80 hingga RM120 untuk setiap unit. Tetapi jika anda membuat tempahan untuk servis lebih dari dua unit alat penyaman udara melalui Recommend.my, anda akan dicaj dengan kadar tetap RM60 untuk servis sebuah unit.

4. Baiki Kerosakan Kecil Dengan Segera

Apabila sesuatu alat itu digunakan, semestinya ia akan mengalami masalah pakai dan lusuh (wear and tear). Air menitis, bunyi hembusan angin yang terlalu kuat, lambat sejuk dan alat yang terpasang dan terpadam dengan sendiri adalah antara masalah biasa bagi alat penyaman udara.

Jangan ambil mudah jika alat penyaman udara anda menunjukkan fungsi yang berbeza daripada selalu. Dapatkan perkhidmatan pakar penyaman udara untuk membaiki kerosakan kecil sebelum ia melarat. Ingat, semakin besar kerosakan, semakin besar juga kos untuk membaikinya.

(Baca: Why Is Your Aircon Leaking?)

5. Tukar Penapis Udara Bila Perlu

Kebiasaannya setiap alat penyaman udara jenis unit pisah akan datang dengan dua keping penapis udara yang dipasang di unit dalam. Bagi alat penyaman udara yang masih baharu, ia hanya perlu dibasuh dan dikeringkan setiap dua minggu. Tetapi jika alat penyaman udara anda sudah terlalu lama dan kotoran habuk yang melekat pada penapis itu tidak dapat dibersihkan dengan baik, tukarkan dengan penapis udara yang baharu.

6. Lakukan Pemeriksaan Tahunan

Selain servis berkala, alat penyaman udara juga perlu diperiksa secara menyeluruh setiap tahun. Melalui pemeriksaan ini, sebarang kerosakan pada unit luar dan dalam akan dikenalpasti dan dibaiki dengan segera. Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan ini daripada pakar yang benar-benar berpengalaman agar anda mendapat nasihat yang betul.

Saya berharap dengan perkongsian langkah mudah ini anda akan lebih faham tentang cara-cara untuk menjaga alat penyaman udara, dan jangka hayat alat penyaman udara anda juga akan lebih panjang.

Recommend.my mempunyai lebih 380 pakar penyaman udara yang dipercayai di seluruh Malaysia. Untuk dapatkan perkhidmatan pemasangan, servis dan baiki penyaman udara, anda hanya perlu lakukan permohonan secara atas talian. Selain itu, Recommend.my juga mempunyai kadar caj tetap untuk perkhidmatan servis alat penyaman udara.

17 Comments

  1. Aircond kat rumah ni lama tak servis, last last rosak terus huhu

    ReplyDelete
  2. info yang bagus! iQ baru je pasang satu dekat bilik IQ. kena buat pembersihan secara berkala ni

    ReplyDelete
  3. Good info for those yg tak boleh hidup tanpa aircond cam kak min hahah

    ReplyDelete
  4. Brand dan model pun main peranan kalau nak tahu yang mana tahan dan yang mana tak tahan.

    ReplyDelete
  5. Tq Eyqa kongsi info ni.. bab2 penyaman udara ni banyak yang orang tatau kan.. Bila dah baca kurang2 ada la jugak ilmu tentang ni..tq tq

    ReplyDelete
  6. boleh buat lepas ni.. merana kalau aircond rosak

    ReplyDelete
  7. Memang kat rumah cuba minimumkan suhu aircond dan biar je terbuka. Sebab salah satu cara nak jaga aircond adalah jgn selalu on off.

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat bagus. Thanks berkongsi 😘

    ReplyDelete
  9. Rumah takda penyaman udara lagi, tapi bagus tips ni untuk masa depan nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post