Assalamualaikum
LENGGONG: Perjalanan enam sekeluarga dari Terengganu bercuti di Perak, berakhir tragedi apabila tiga terbunuh termasuk sepasang kembar, selepas kenderaan mereka dirempuh dari belakang oleh treler, ketika berhenti di persimpangan empat lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini, pagi tadi.
Dalam nahas jam 11 pagi di Jalan Kuala Kangsar-Gerik itu, pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail, 8 dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, mati di tempat kejadian.
Manakala ibu bapa mereka, Ismail Yaacob, 53 dan Zarina Yong, 44, yang berasal dari Kampung Balai Besar, Dungun, Terengganu, cedera parah. Seorang lagi anak pasangan itu, Nur Ain Harizah, 13, yang duduk di belakang bersama adik kembar dan kakaknya, cedera ringan.
Selain kenderaan utiliti sukan, Honda HRV, dinaiki keluarga terbabit, treler muatan sisa ikan yang dipercayai mengalami masalah brek itu, turut merempuh tiga lagi kenderaan iaitu Nissan Grand Livina, Toyota Hilux dan Nissan Sentra, yang berhenti kerana isyarat lampu merah di situ.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Mat Isa, berkata selain enam beranak terbabit, dua lagi mangsa yang cedera berada dalam Nissan Grand Livina.
"Siasatan awal mendapati treler berkenaan dari arah Gerik ke Kuala Kangsar, dipercayai mempunyai masalah brek sebelum melanggar empat kenderaan itu yang berhenti di simpang empat MRSM Lenggong kerana isyarat lampu merah.
"Tiga mangsa yang terbunuh dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat, sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Ismail berkata, keluarga terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Terengganu untuk bercuti di Kuala Kangsar.
Bila baca artikel tu, remuk hati aku! Taktahu nak ucapkan macam mana lagi. Sejujurnya aku tiada pertalian darah dengan mangsa-mangsa tetapi aku ada pertalian saudara iaitu cikgu dan anak murid. Ismail Bin Yaacob tu cikgu aku semasa aku sekolah rendah. Allahuakbar! Sedih tak terkata ðŸ˜
Cikgu Ismail nie pernah ajar aku. Dia sangat baik! Tak suka marah-marah. Selalu senyum je dan suka sangat bergurau. Aku ingat masa aku buat latihan bola tampar, dia ada tengok anak-anak murid main. Tangan aku ligat menaip entry nie, aku seperti terdengar deruman motor dia dulu. Terbayang-bayang senyuman dia ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Semoga cikgu Ismail Bin Yaacob dan isterinya, Zarina Yong cepat sembuh dari kritikal. Al-fatihah untuk anak-anaknya yang telah maut ditempat kejadian. Tiga orang anaknya telah pergi menemuiMu ya Allah tanpa sempat ayah dan ibunya melihat untuk kali terakhir 😠Aku pun baca latest update melalui facebook anak cikgu Ismail. Simpati dengan mereka yang kehilangan adik-adik sekelip mata.
" Ya Allah, sembuhkan mereka. Permudahkanlah saat-saat mereka melawan sakit. Jangan kau persulitkannya ya Allah. Berikanlah mereka peluang untuk melihat anak-anak mereka yang masih ada. Sesungguhnya padamu aku memohon ya Allah " ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Update: Cikgu Ismail Bin Yaacob telah kembali pada yang Esa pada pukul 1.40pagi 12 December 2017 ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Innalillahiwainailaihirajiun..
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah..
بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم ٱلْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين
Cikgu, damailah disana. Sesungguhnya masanya telah. Akan selalu rindukan gurauan, nasihat dan senyumanmu. Sedih tak terkata! ðŸ˜
innalillah....semoga di permudahkan urusan mereka.
ReplyDeleteTakziah buat keluarga mereka
ReplyDeletesalam takziah...semoga roh dicucuri rahmat...amin
ReplyDeleteAl-Fatihah. Moga semua roh Arwah dicucuri rahmat oleh-Nya. Salam takziah
ReplyDeleteInalillahiwainnailaihirajiun..
ReplyDeleteSalam Takziah.
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون
ReplyDeleteAl-Fatihah..
Allahuakhbar, sedih sangat bila baca berita tentang kematian..
al fatihah..takziah pd keluarga
ReplyDeleteInalillahiwainnailaihirajiun..
ReplyDeleteAl Fatihah.
Salam Takziah.
takziah buat mangsa :(
ReplyDelete