Assalamualaikum
Semalam terbaca status kenalan di facebook berkenaan crunchy caramel. Aku nie pantang tengok makanan sebab sejenis suka mengunyah dan ternak lemak setiap masa 🤣 Maka, gigih aku pergi beli bahan-bahan semata-mata nak buat crunchy caramel. Rupa tidaklah sebegitu cantik tapi rasa tu sedap!
Crunchy caramel nie mudah untuk disediakan. Orang yang malas nak baking yang renyah-renyah confirm suka buat crunchy caramel nie. Nahhh! Aku kongsikan resepi semudah satu dua tiga.
Bahan-bahan
1. 200g tepung floretine
2. 120g kepingan baham **
3. 70g kuaci hijau (Pumpkin Seed) **
4. 70g kuaci putih (Sunflower Seed) **
5. 15g bijan hitam
Cara-cara
1. Bakar bahan bertanda selama 5 minit dengan suhu 170°c
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas dan gaulkan perlahan-lahan
3. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telah dilapik dengan parchment paper
4. Masukkan bahan-bahan tadi dan ratakan (Jangan tebal macam kuih talam. Secara nipis sahaja)
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 170°c selama 10 minit atau sehingga bertukar kepada warna golden
6. Keluarkan dengan pantas dari oven; potongkan dan keluarkan dari loyang
7. Sejukkan dan segera simpan ke dalam bekas kedap udara
10 Comments
Sedap lama tak makan. Jumpa raya haritu je. Thanks share resepi :D
ReplyDeleteMost welcome :D Nanti bolehlah cuba ye
Deletedapnya..resipi pun senang ..nanti nak buat jugaklah
ReplyDeleteMemang sedap Kak Dila. Tak sampai setengah jam dah boleh makan
Deletesedapnyaa sis buat! terliurr. tq sis :)
ReplyDeleteHihihiii nanti boleh buat jugak
DeleteThanks Eyqa. Migha pernah terjumpa semua bahan nie dah siap packing dekat kedai buat kek kat kl. Balik tinggal tabur atas loyang dan bakar je. :)
ReplyDeleteMost welcome Migha :* Alaa nextime beli lah. Balik bakar je. Terus boleh makan
Deletedapnyeeee
ReplyDeleteSedap sangat! Crunchy!
Delete