7 Cara Mudah Mencari Tempat Latihan Industri/Praktikal

Assalamualaikum
 

7 Cara Mudah Mencari Tempat Latihan Industri/Praktikal | Walaupun hampir tiga tahun meninggalkan zaman latihan industri atau lebih mudah dikenali sebagai praktikal, aku akan berkongsi 7 cara mudah mencari tempat latihan industri/praktikal kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari atau bakal mencari tempat-tempat itu.

1. Tetapkan hala tuju

Paling penting dan utama, tetapkan hala tuju kita. Sebelum nak pilih tempat tu, kena tahu dengan lebih mendalam tentang bidang yang kita sedang belajar. Contohnya; belajar bidang Tourism, takkan nak pilih syarikat IT. Kenapa kena tahu? Pernah dengar tak tuah ayam nampak dikaki? Haa kita belum tahu tuah kita dimana. Kalau ada rezeki, boleh diserap sebagai pekerja tetap di syarikat itu. Sebab itu pentingnya tetapkan hala tuju.

2. Kecilkan skop

Kecilkan skop bidang yang korang belajar untuk lagi mudah mencari tempat praktikal. Contohnya IT. IT nie bidang sangat meluas! Software, hardware, system, application, networking, programming semua bawah satu bumbung iaitu IT. Jadi bagaimana nak kecilkan skop? Tentukan kekuatan korang! Kalau korang kuat atau mudah pecut dalam programming, pilih syarikat yang ada menyediakan peluang yang dalam bidang programming. Contohnya kalau Jobstreet, ada mencari jawatan programmer untuk latihan industri.

3. Cari syarikat dan selidik latarbelakang syarikat

Pernah dengar atau terbaca kisah belajar bidang kesetiausahaan tetapi praktikal kena photostat kertas kerja pembantu tadbir dan buat air. Pernah? Nak jadi macam tu ke? Atau belajar bidang IT tetapi kau kena buat sales kat luar. Haa sebab itu kena gali dalam-dalam syarikat yang bersesuaian dan selidik latarbelakang syarikat. Penting tau walaupun nampak macam tak masuk akal.

4. Tanya pendapat

Sebelum buat apa-apa keputusan, tanya pendapat orang lebih berpengalaman. Tapi ingat! Hanya pendapat dan pandangan serta nasihat. Kalau sejenis yang keji, tak perlu. Orang lebih berpengalaman mungkin akan kongsikan suasana dan bagaimana cara mudah untuk kita belajar dalam alam pekerjaan.

5. Resume dan cover letter

Pernah dengar cover letter? Cover letter nie penting tau! Jangan nak hantar resume semata-mata. Tahu tak betapa pentingnya cover letter kerana ia sebagai pembuka bicara kita. Tak ada lah terus baca resume. Macam mana nak buat resume? Sila google!

6. Email dan call syarikat

Apa korang lepas hantar resume tu terus selamat diterima laa ye? Ingat ada yang rajin ke nak belek email atau surat satu-satu? Ada sesetengah syarikat masukkan email korang dalam trash je terus. Sebab tu wajib hubungi syarikat tersebut. Bagitahu pukul berapa dan tarikh korang hantar email itu

7. Dah selesai? Tunggu jawapan

Dah selesai 1-6 langkah-langkah tu, maka tawakkal je laa. Usaha pun korang nak buatkan? Kalau diterima, alhamdulillah. Bersyukurlah.. Jangan lupa padaNya. Kalau dah berlatihan industri tu, jujur dan lakukan yang terbaik. Tetapi jangan perasan macam pekerja tetap pulak untuk kau arah orang.
 

Amaran!!!

Kalau nak cari tempat latihan industri, carilah awal-awal. Buat list syarikat satu semester awal. Contohnya latihan industri semester enam, masa semester empat tu dah buat list. Semester lima terus hantar resume dan call je. Jangan last minutes! Syarikat pun malas nak terima sebab dah taktahu korang sejenis pelajar suka buat kerja last minutes. Kalau tak diterima, meraunglah kau!

Dan, jangan focus pada duit. Maksudnya jangan focus pada elaun yang dibayar. Kalau dapat syarikat yang dekat dengan rumah dan tidak dibayar elaun, terima je. Sebab? Tak semua syarikat sediakan elaun. Kalau dapat syarikat dalam bidang korang, dekat dengan rumah dan dibayar elaun, itu bonus buat korang. So, goodluck!

46 Comments

  1. Good advice Eyqa. Betul tu kalau tak dapat elaun pun tp tempat tu sgt relevan dgn study & future career, terima ja untuk timba pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy betul tu. Pengalaman penting! Thank you Kak Nani

      Delete
  2. bagus perkongsian eyqa ni. masa akak belajar tak cari sendiri, tapi universiti yang tetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Kalau universiti tetapkan, memang selamat. Kalau kena cari sendiri, meraung jugaklah kalau kena reject

      Delete
  3. thanks eyqa.sangat berguna tips ini bagi student yang sedang mencari tempat praktikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihii most welcome :* Semoga bermanfaat untuk semua

      Delete
  4. Tip yg amat membantu.. Dulu masa praktikal kakak yg tolong carikan tempat berdekatan dgn rumah.. Rzki dpt siap ada elaun company tu bg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa itu bonus paling besar buat yang bergelar pelajar praktikal. Bukan mudah tau!

      Delete
  5. Dan saya nak tambah , kalau dah dapat intern ni jangan pula buat hal , Tunjukan yang kita ini berdidikasi penuh semangat baru lah staf akan usulkan kepada majikan untuk terus mengambil kita sebagai staf permenent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Setuju sangat! Tunjuk sikap yang baik, ramailah nak kita sebagai pekerja

      Delete
  6. tapi zaman skrg ni ramai yg cari tempat praktikal yg bayar elaun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, sisi lain pulak kita discuss. Kalau bayar elaun tetapi praktikal tidak dapat timba ilmu dalam bidang kita, rugi jugak. Maknanya, syarikat yang tidak berkaitan dengan bidang kita belajar

      Delete
  7. tips yang sesuai utk yg tengah mencari tempat utk intership good job

    ReplyDelete
  8. betul semua cara diatas..hehe
    nk cari kena buat persiapan awal2..mulakan cri dgn tempt yang bdekatan dgn rumah.senang nanti,kan.^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss! Syarikat malas layan kalau students cari last minutes nie

      Delete
  9. Alhamdulillah sudah melepasi detik2 praktikal. Alhamdulillah dieprmudahkan. Good luck lah to those yg sedang mencari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa sesi mencemaskan bab cari tempat praktikal

      Delete
  10. memang sebelum ni, cari awal2, biar tak kelam kabut..

    ReplyDelete
  11. Tips terbaik untuk internship. Memang kena plan & cari awal kalau x ramai yang berebut nak minta. Elaun terpulang kepada budi bicara company tersebut. Yang penting habiskan internship dan habiskan study.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab kalau praktikal nie, memang berebut students cari.

      Delete
  12. Latihan industri ni ramai berharap lecturer carikan. Kalau ambil course yang memang berlambak latihan industri takpa la kan. Kena plan hala tuju. Rajin tanya org sekeliling. Kalau dah aim Syarikat tu. Cuba je minta. Mana tau ada rezeki kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Sebab tu kena selidik betul-betul. Tanya yang lebih berpengalaman. Mungkin sedikit sebanyak dapat tahu lebih detail

      Delete
  13. Saya masa intern dulu, habis last minit cari. Last last dapat dekat IT department Media Prima. Best jugak lah tempat dia. Banyak experience

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam bidang yang sama, memang best! Kalau bidang IT tapi kena duduk dalam jabatan pentadbiran, naya laa.

      Delete
  14. Tip yang sangat bagus. Plan dari awal urusan akan lebih teratur. Majikan mesti sgt suka ciri2 mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Wajib plan dari awal bagi memudahkan banyak pihak.

      Delete
  15. Industri latihan practikal memang penting, kalau dapat company bagus boleh terus kerja lepas grad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ramai students yang diserap jadi pekerja tetap.

      Delete
  16. Bagus untuk peringatan agar mencari penempatan LI awal2. Ramai yang suka melambat-lambatkan maka tak dapat cari tempat yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong! Bila nak praktikal, ramai yang bersaing mencari. Dari serata IPTA/IPTS mencari. Sebab tu kena cari awal awal

      Delete
  17. Menarik infonya....

    Tak pernah apply tempat latihan industri... Sebab masa belajar dulu, dah start kerja dah.. So ambil project paper...

    ReplyDelete
  18. Info yang bagus. Dulu-dulu berhempas pulas cari tempat praktikal hehe. Alhamdulillah, sebulan habis praktikal terus mula kerja hehe

    ReplyDelete
  19. Hi Eyqa! Okay part ni onie suka, sebab onie sendiri yang handle student medical/allied health dan selain dari program medical untuk praktikal. Kebanyakan student ni dorang memang suka main hantar tanpa selidik dahulu adakah program yang dimohon dan industri dimohon untuk praktikal bersesuaian atau tidak. itu satu hal, satu lagi hal, cara hantar permohonan. Ada yang blerghhhhhhhhhhh macam nak beli gula-gula 10 sen main ikut dan apply. Langsung tak nampak kesungguhan dan dari situ kita tahu dah student tu orangnya macamana, hmmmmm...kecewa la kita yang penerima permohonan ni.. stress kadang,lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa betul! Cara nak hantar permohonan kadang kadang macam lepas batuk ditangga je. Greeting apa pun takde, terus resume je

      Delete
  20. Baguslah...pengkongsian berkaitan Cara Mudah Mencari Tempat Latihan Industri/Praktikal senanglah anak nak buat rujukkan nanti

    ReplyDelete
  21. Gud tips btw...
    Kita pun nasib la msa practical degree dpt dekat rumah n ada elaun...senyum kita wakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Weyy tu best! Bonus besar tu dekat dengan rumah dan ada elaun.

      Delete
  22. Baru teringat, sem depan LH kena jalani latihan industri 😭😱. Tapi macam takde apa jadi lagi 😭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ada kot. Biasalaa musim sekarang, banyak yang tertangguh!

      Delete
Previous Post Next Post