Assalamualaikum
Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) Di Politeknik | Sebagai bekas pelajar bagi jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), aku ingin berkongsi serba sedikit bagi memudahkan bakal-bakal pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang jurusan ini. Benda baik kena kongsi, gituuuu! Kalau ada silap dalam perkongsian ini, yang mana boleh betulkan, sila tinggalkan komen ya.
Bidang teknologi maklumat ini sangat besar! Dan kalau korang ingin sambung pelajaran dalam bidang ini, pastikan minat korang terlebih dahulu. Jangan dah separuh jalan, nak patah balik. Rugi masa dan duit. Jom sama-sama kita fahami dulu apa jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) ini.
Program ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer. Program ini memberi pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian. Pelajar berpeluang mempelajari dan menggunakan perisian sumber terbuka dalam kursus Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Kursus pengaturcaraan dan aplikasi lain termasuk di dalam program ini adalah Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.
Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan dan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan dan menggunakan teknologi baru. Selain daripada kursus teknikal, pelajar juga mempelajari Komunikasi Bahasa Inggeris 1, 2 dan 3, Matematik, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam, Ko-Kurikulum, Soft Skills dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan untuk meningkatkan kompetensi mereka di dalam soft skills.
Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Sejarah
d. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
i. Mathematics atau Additional Mathematics
ii. Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. Lulus Sejarah
d. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
i. Mathematics atau Additional Mathematics
ii. Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
Subjek Semester *Subjek ini mungkin ada perbaharuan
Senarai Politeknik Yang Menawarkan
1. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
2. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
3. Politeknik Mersing, Johor
4. Politeknik Tun Syed Nasir, Johor
5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
6. Politeknik Seberang Perai, Penang
7. Politeknik Balik Pulau, Penang
8. Politeknik Mukah, Sarawak
9. Politeknik Ungku Omar, Perak
10. Dan lain-lain 😅
Prospek Kerja
Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT. Pegetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja seperti Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Ekskutif Sokongan Maklumat / IT, Penyokong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Meja Bantu Teknikal.
Pesanan Kepada Semua
Pesanan kepada adik-adik yang ingin sambung pelajaran dan masih tertanya-tanya dalam bidang apa yang ingin diteruskan, aku cadangkan bidang IT kalau minat korang mendalam terhadap IT. Bidang teknologi maklumat nie sangat meluas dan pecahan terhadap bidang ini banyak. Jadi, pilih dengan betul dan fokus. Aku pun pelajar lepada Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Alhamdulillah, tak sia-sia pilih bidang nie. IT makin meluas kerana teknologi sekarang makin pantas membangun!
Kepada adik-adik, selamat maju jaya!
Tetiba rasa rindu nak belajar balik. Sebelum subjek pelajaran ni dipecahkan, zaman akak dulu Diploma Teknologi Maklumat akak kena belajar semua. Kemudian zaman degree baru dipecahkan ke programmer atau rangkaian atau multimedia. hahaha. seronok belajar ni. akak serius rindu.
ReplyDeleteBetul tu. IT meluas sangat. Sekarang baru ada subcourse. Seronok belajar IT nie. Rindu!
DeleteThanks atas perkongsian..baru akak tau..dan boleh buat persediaan untuk anak dara akak nanti...banyak impian dia yg perlu akak amik tahu ni...dia kena lebihkan usaha dari sekarang la kan..walau masa masih jauh lagi..kena buat persediaan dari sekarang....
ReplyDeleteBetul akak. Nak pupuk minat dari sekarang. Biar dia dapat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
DeleteTerima kasih dik atas perkongsian maklumat pengajian di IPT, boleh nant buat rujukan utk ank2 akk bila nak sambung belajar nant...panduan tuk masa depan ank..tq dik
ReplyDeleteSama-sama.. Betul tu, semoga bermanfaat untuk semua ya
Deletehehehe..nice sharing eyqa..
ReplyDeleteThank you Kak Min sayang :*
Deletesalam eyqa =)
ReplyDeletemmg kalau stdy amik bidang it/pentadbiran senang sikit dapat kje.
mcm yaya, amik dip office admin,skrng kje dalam IT Department..hehe tp bukan programmer la..admin je.. ^,^
Waalaikumussalam.. Betul tapi tu lah. Walaupun belajar degree, kena mulakan dari bawah. Kutip pengalaman dulu
DeletePerkongsian yang bagus. Kalau nak sambung belajar memang kena ambil bidang yang kita minat. Kalau sebaliknya takut tak dapat nak bawak pulak nanti.
ReplyDeleteBetul tu. Bukan mudah nak pupuk minat dalam sesuatu bidang
DeleteZaman sekarang ni memang kepakaran teknologi maklumat amat diperlukan. Iyalah, dengan limpahan maklumat yang sukar nak ditapis memang cukup berbahaya untuk masyarakat secara keseluruhan. Baguslah ada course begini! Perkongsian yang bagus supaya lebih ramai memahami course ini dan menimbangkan untuk mengambilnya. :D
ReplyDeleteBetul tu.. Terima kasih
DeleteIt's hard for me to brain IT stuff coz I am more of an arts person but if I had learned a little more about it..it would have probably been better for me now..hahhahaha
ReplyDeleteYeayy, that's right. Hahahahaa.. Jadi blogger nie, IT jugak
DeleteTerima kasih di ats pendedahan mengenai kos ini. Memang jarang dengar jurusan seperti ini. Bolehlah org2 kt luar sana tu rujuk blog nie sekiranya nak melanjutkan pelajaran dlm bidang nie
ReplyDeleteSama-sama. Ya, semoga bermanfaat untuk semua. Course IT (Networking) tak seramai course IT (Programming)
DeleteBagus skrg if ramai student yg amik course ni sbb nowadays technology dah maju..mmg nak pki IT byk..lagi2 skrg byk dah cloud based and malaysia akan ke arah tu jgk..hope for the best
ReplyDeleteYaaa, betul tu. Sebab tu course IT paling laku sekarang
Deletedulu belajar rekabentuk grafik, but to be truth I hate mathematic masa spm tapi bila dekat dalam pengajiaan tinggi mathematic dapat A+, kah kah kah, zaman sekarang ramai dah cebur bidang IT sebab memang zaman kita ke arah dunia IT, hahahahah so coding world !
ReplyDeleteMathematic masa diploma lagi senang berbanding mathematic SPM. Hahahahaa.. Betul tu!
Deleteoh.. yang kos yang adik TB ambil masa belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM SKUDAI) dulu.. bagus ada info macam ni.. boleh la bagi tahu anak-anak sedara nanti..
ReplyDeleteKongsikan ya TB. Moga bermanfaat!
DeleteWalaupun ada yang cakap bidang IT ni banyak graduan yang tak dpt kije tapi rasanya bidang IT atau Teknologi Makluma ni yang paling senang buat duit. Paling tidak bukak bisnes sendiri. Sebab sekarang ni, semuanya digital..
ReplyDeleteA'ah. IT lagi mudah untuk buka business. Design sticker ke apa, boleh buat duit tu
Deletebanyak juga prospek kerja. sekarang ni banyak yg nak dalam bidang it
ReplyDeleteIT banyak prospek kerja. Sebab belajar IT, boleh terjah dalam pelbagai jawatan
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Bolehlah nanti suruh yg si kenit kat rumah ni ambik IT..tapi lambat lagi le..hehehe. Anak yg no 2 pun skrg ambik degree dlm it jugak
ReplyDeleteSama-sama akak. Haa boleh! Pupuk dari awal minatnya terhadap IT
DeleteKawan-kawan IT kat office kebanyakkannya dari Poli Engku Umar, terima kasih sebab sharing info ni, Nanti boleh info dekat anak pulak he he he
ReplyDeleteWahhh! PUO tu politeknik terbaik! Sama-sama. Semoga info ini bermanfaat untuk semua ya
DeleteRindu zaman poli!:D
ReplyDeleteHihihihiii sama!
DeleteTips sangat berguna untuk pelajar yang confuse kos apa yang dorang nak ambil. Atleast ada rujukan selepas baca entry ni. Rindunya zaman study.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Betul tu. Kongsi untuk rujukan bersama
DeleteLepasan bidang IT memang mudah mencari kerja, insyAllah sebab perkembangan dunia IT yang pesat dan keperluannya yang meluas. Bagus perkongsian begini - memberi motivasi pada adik-adik.
ReplyDeleteYa, insyaAllah mudah dapat kerja. Kena berusaha sikit. Terima kasih :)
DeleteSeeing all this suddenly miss my high school and college life as well and really wonder why i dun put extra effort like how i put effort in work.. lolz... mungkin sebab muda... nak mainnnnn aje... hahaha
ReplyDeleteRacheal
Hahahahahahaaa.. Biasalah masa tu, darah muda gitu.
DeleteBetul, prospek kerja bidang ni besar. Kena tengok nanti nak kerja apa baru apply.
ReplyDeleteYesss.. Boleh je usha dari sekarang. Sebagai langkah awal..
DeleteDahulu Politeknik dipandang sebagai kelas ketiga. Sekarang tidak lagi kerana melahirkan Teknologis yang berkemahiran tinggi mudah diterima oleh Majikan. Lebih-lebih lagi dah ada Malaysian Board Of Technologies (MBOT) boleh dapat pengiktirafan Teknologis Professional.
ReplyDeleteItu betul. Dulu dipandang serong sesetengah tempat. Tapi sekarang pelajar politeknik dicari sebelum pelajar universiti
DeleteWow! thanks for the detail infor sharing here. I will share it with my niece.
ReplyDeleteWahhh thank you dear :*
Deletenk tanya. Sy student psmza diploma programming. Sy mcm keliru, ad yang cakap student programming susah dpt kerja, btul ke? :(
ReplyDeleteTak susah pun. Cuma sekarang bidang IT makin meluas, jadi berebut-rebut orang cari kerja.
Deletehi.. kalau saya xtau pape dalam course ni tapi ada minat sikit pasal course ni. jadi adakah saya perlu ambil je course ni pastu belajar kemudian masa masuk poli atau ambil course lain yang saya lebih tahu?
ReplyDeleteMana-mana yang terbaik dan awak yakin dengan diri awak.
DeleteAssalamualaikum kak. Saya lepasan spm 2018 dan ditwarkan masuk ke uthm course teknologi maklumat... nk tanya course ni susah tak? mcm memerlukan skill mathematic tk? sbb sy sepanjang sekolah menengah ni tk pernah lulus mathematic tapi alhamdulillah spm dpt B.
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. Course nie memerlukan mathematic skills. Takpe, boleh belajar. Mana-mana course pun ada subjek yang mudah dan sukar.
DeleteNice Sharing Eyqa.
ReplyDeleteThank you myra ;)
DeleteKak Eyqa, apa beza
ReplyDelete-trek software & application development
-trek networking system
-trek information security
Dalam course teknologi maklumat (digital) ?
Subjek je tu.. tapi semua ada kaitan setiap subjek
Deletetq for the info kak! saya dlm dilema sekarang sbb saya dpt tawaran uthm teknologi maklumat & matriks akaun, dan saya nak terima uthm. tpi dalam masa sama saya juga ada basics akaun masa sek men dulu. kalau sy amik matriks mungkin saya dpt belajar dgn lbih kefahaman. akak rasa mana satu saya patut pilih? saya risau pula nak ambil teknologi maklumat sebab saya tak tahu apa2 psl IT tapi agak berminat nak ceburi bidang ni. sy jugak dengar org kata course IT ni agak sukar berbanding course lain.
ReplyDeleteSama-sama dik. Lebih baik awak sambung belajar berdasarkan minat awak yang mendalam. Jangan tersalah pilih course tau.. IT nie bidang besar. Banyak cabangnya..
DeleteBetul ke belajar IT susah dari belajar addmath ?? Sy lepasan spm , sy dapat course IT tpi tk tau nk trima ke tak sebab ada orang cakap belajar IT ni susah dari bljr addmath😭 lepastu math memang ada ke dalam IT ??
ReplyDeleteMohon penjelasan dlm kadar segera sebab twaran upu dah nk tutup🙏😢
Takde laa.. IT nie mudah je. Bergantung pada minat. Math memang ada dalam IT..
Delete