Assalamualaikum
Salam Lebaran 1439H | Lamanya tak update blog. Bukan taknak tapi kekangan masa yang sangat kritikal. Ini lah terjadi apabila kerja hakiki terlalu banyak dan serabutkan otak. Balik kerja je terus rehatkan otak tanpa tengok laptop. Nak rehatkan masa setelah 9jam bersama laptop. Huhuhuu.. Ujian semua nie.
Hari nie dah masuk raya ke-5. Baru sempat nak update blog gituuuu. Hari nie aku dah masuk kerja. Cuti aku 5 hari sahaja. Sehari sebelum raya sehingga raya ke-4. Malas nak ambil cuti lama-lama sebab tak beraya ke mana pun selepas raya ke-3. Hanya duduk di rumah je, so baik aku masuk kerja. Tak ada bosan sangat kan 😂
Raya pertama macam biasalah. Lepas beraya rumah jiran dan nenek, akan terus ke Kuala Terengganu. Beraya bersama belah keluarga ayah sampai petang je selalunya. Bila petang, gerak balik ke Dungun. Tahun nie tak beraya sangat sebab hari Jumaat. Kekangan masa bila nak pergi sembahyang Jumaat lagi.
#OOTD Raya Pertama |
Hari raya kedua, beraya di Dungun sahaja. Biasanya pergi beraya ke rumah jiran-jiran terdekat dan rumah nenek saudara. Memang aktiviti wajib setiap kali raya. Raya pertama tak beraya sangat di Dungun. Seriously, waktu macam ini lah baru kenal saudara mara weyy!
#OOTD Raya Kedua |
Dannnnnnnnn, raya ketiga! Raya ketiga setiap tahun ialah beraya di rumah sahaja. Sebab raya ketiga rumah aku buat open house. Alhamdulillah.. Tahun nie ramai gilaaaa weyy yang datang. Sampai full tak ada tempat duduk. Ruang tv, ruang tamu utama dan beranda luar memang penuh. Ada keluarga kawan aku tak sempat makan sebab terlalu penuh. Sempat bersalam-salaman je.
#OOTD Raya Ketiga |
Tapi bagi aku, tahun nie raya paling best. Sebab adik beradik aku semua balik. Biasanya kakak kedua aku tak dapat cuti raya. So, cukuplah tahun nie #anakanakhasnanrosalinda beraya. Huhuhuuu.. Dan terima kasih #gengdesso yang datang beraya rumah aku. Gila susah nak jumpa geng sekolah nie dulu!
Semuanya masih single. Berminat? PM tepi tau! Hihihihiii.. |
Paling menarik dan berpuas hati berpenat lelah siapkan Crunchy Florentine Caramel nie, sekelip mata habis weyy! Laku kerasssss! Tetamu yang datang ramai yang makan cookies tu. Entah berapa kali tambah pun aku tak tahu. Sampai angkat dengan balang besar sekali tau! Nak resepi? Click je link tu.
Dan selepas raya ketiga berpenat lelah sepanjang open house, raya ke-4 ialah hari yang aku tertunggu-tunggu. Aku bantai tidur sampai puas! Hahahahaa.. Bukan selalu weyy boleh rehat macam nie. Kaki sakit nie terasa sampai sekarang. Tapi! Aku tak boleh duduk rumah je. Aku pergi melepak tepi pantai dengan kawan aku. Baju raya dah habis!!!
Dan selepas raya ketiga berpenat lelah sepanjang open house, raya ke-4 ialah hari yang aku tertunggu-tunggu. Aku bantai tidur sampai puas! Hahahahaa.. Bukan selalu weyy boleh rehat macam nie. Kaki sakit nie terasa sampai sekarang. Tapi! Aku tak boleh duduk rumah je. Aku pergi melepak tepi pantai dengan kawan aku. Baju raya dah habis!!!
Pakai t-shirt je yang memang aku selalu pakai. Dah nasib kan baju raya sikit je tahun nie |
Dah puas empat hari aku beraya sakan tak sakan, raya ke-5 menjelma jua. Tak boleh nak lari dah oii. Raya ke-5 aku disambut dengan ucapan SELAMAT KEMBALI BEKERJA!!! Weyy apasal cuti aku nie rasa sekejap sangat. Huhuhuu.. Tabahlah bekerja dalam mood raya tak habis lagi.
Sepanjang bulan Ramadhan hari tu aku tak make up pergi kerja. Tempek bedak dan lipstick je. Kali nie masuk kerja, meriah aku bersiap! Muahahahahaa..
So, dengan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Aku dengan rendah diri mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan aku sama ada sengaja atau tidak. Taknak bermasam muka, bertalam-talam nie. Semoga ini menjadi iktibar untuk aku dan kita semua.
Tapi..
Tapi...
Tapi....
Tapi.....
Tahukah anda disebalik gambar #OOTD aku, ada yang menghancurkan? 😑
Behind the scene #OOTD raya pertama 😑 |
Behind the scene #OOTD raya kedua 😑 |
Behind the scene #OOTD raya ketiga 😑 |
Behind the scene selfie raya ke-4 😑 |
amboi banyaknya baju raya dia..selamat hari raya eyqa..:)
ReplyDeleteBaju paling sikit nie. Hahahaaa Selamat hari raya akak :*
Deleteselamat hari raya, mohon maaf zahir bathin.
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir dan batin :)
Deleteselamat hari raya
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir dan batin :)
Deletetakpee. walaupun ada yang menghancurkan untuk dapat gambar sempurna, eyqa tetap syantekk hahaha.
ReplyDeletep/s: jemput join segmen blog saya! :D
Auchhh! Malu pulak. Hahahahaa
DeleteSelamat Hari Raya..behind the scenes tu kelakar. Mesti snap byk kali utk dpt hasil terbaik
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir dan batin :) Hahahahaa memang pun! Almost full memory okay.
DeleteDel pun lps raya baru UPDATE balik blog..nak rasa puasa nn raya dgn pnuh nikmat. Selamat hari raya
ReplyDeleteHahahahaa setuju Del! Lepas raya baru update sebab bulan puasa memang susah nak sentuh blog. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)
Delete