Menggapai Awan Ke London Bersama Airbus A380

Assalamualaikum

Menggapai Awan Ke London Bersama Airbus A380 | Bila dah bekerja nie, perasaan ingin melancong ke keluar negara tu meluap-luap. Apatah lagi bila dah pegang duit sendiri. Kena menabung lagi nie. Tapi sejak dulu aku ingin jejak kaki ke London. Apa lagi, terus aku search apa yang menarik di London dan mencari info serta membuat plan untuk menjayakan misi Menggapai Awan Ke London Bersama Airbus A380 aku.

Apa yang menarik perhatian aku kali ini untuk menjayakan misi pertama ini ialah kapal terbang! Yang menjadi pilihan setelah mencari ialah Malaysia Airlines A380. Dan seperti menjadi pilihan ramai, haruslah nak seat tepi tingkap kan? Kononnya menenangkan dapat melihat awan putih di luar sepanjang perjalanan. Tengah search tentang flight pun dah terbayang-bayang pemandangan itu!

Selain itu, Airbus A380 ini merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia dan perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Heathrow mengambil masa kira-kira 14 jam. Namun, semestinya perjalanan tidak begitu terasa lama kerana penumpang kebiasaannya akan tidur atau menikmati perkhidmatan hiburan yang disediakan. Antara yang disediakan oleh Malaysia Airlines ini dan boleh kita mengisi waktu terluang sepanjang perjalanan ialah menonton filem, mendengar lagu serta belajar Bahasa baru. Bestnya!

Gigih aku search sepuasnya tentang Airbus A380 nie berdasarkan pengalaman orang lain. Yelaa, kali pertama nak terbang tinggi. Tak pernah naik flight lagi, mestilah jakun sikit. Hihihiii.. Yang aku tahu tentang Airbus A380 selepas baca pengalaman yang lain, sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan dua hidangan utama dan beberapa makanan dan minuman ringan. Kacang masin haruslah ada dalam pesawat!

Hidangan menu pertama adalah ikan atau ayam yang dihidangkan bersama nasi dan sayur-sayuran. Selain itu, antara menu sampingan ialah salad segar, sepotong kek, keropok dan roti berserta cheese dan mentega. Itu baru hidangan menu pertama tau! Macam seronok je naik A380 nie. Mewah dengan makanan tau!

Hidangan menu kedua pula seharusnya sama pilihannya. Ikan atau ayam yang dihidangkan bersama nasi dan sayur-sayuran. Dan menu sampingan haruslah sama. Tetapi yang menarik pilihan aku, minuman pilihan yang ada ialah kopi, teh, air mineral, minuman berkarbonat dan jus buah. Jangan risau! Pramugara dan pramugari yang ramah-tamah sedia menawarkan refill untuk minuman. Tapi kalau aku nanti, air mineral tetap menjadi pilihan. Tak suka air manis! 

Tapi tahu ke korang? Aku nie sebenarnya ada beberapa tempat di London yang aku nak pergi. Ini antara plan aku yang wajib aku pergi! Nak jadikan kenangan kepada anak cucu nanti. Nikmati sementara masih bujang ini. Mana tahu pergi sana nanti boleh bawa balik calon menantu omputih untuk parent aku. Hihihii..

Hyde Park


Apa yang aku baca sebelum ini, Hyde Park nie menjadi tumpuan ramai dengan kedudukan taman di tengah bandar London ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang sekitar, antanya jogging, berbasikal, main bola, berkelah dan lain-lain lagi. Tapi aktiviti wajib bagi pelancong haruslah bergambar disini. Berhampiran dengan Hyde Park ini juga ada Kensington Palace iaitu salah sebuah kediaman diraja.

Buckingham Palace


Buckingham Palace ini salah satu tempat wajib pergi jika ke London. Aktiviti yang menarik dan menjadi tumpuan disana ialah Changing Guard Ceremony yang antara upacara tertua dan terkenal. Nama sebenar adalah Guard Mounting. Upacara ini berlangsung untuk pertukaran shift antara pengawal-pengawal istana pada tarikh-tarikh tertentu.

Itu antara dua tempat yang menarik memang aku akan pergi kalau ke London nanti. London Eye, London Bridge, St. James Park, Primark, Queensway dan banyak lagi yang menarik disana. Sebenarnya, tempat yang aku nak pergi lebih kepada bergambar. Kerana aku ingin mencipta kenangan disana! 

Setelah aku membuat senarai pendek beserta budget untuk bercuti, insyaAllah aku menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines ke luar negara. Seharusnya Malaysia Airlines menjadi pilihan utama aku. Aku ingin berterima kasih kepada Malaysia Airlines kerana mengadakan Malaysia Airlines promotion, di mana mereka telah menawarkan pelanggan sehingga 40% tiket penerbangan ke destinasi terpilih serta pelbagai faedah perjalanan termasuk tambang kanak-kanak diskaun, bagasi tambahan dan tempahan hotel. Dan tawaran ini juga termasuk dengan tambang kami termasuk elaun bagasi diperiksa dalam 30 kg kelas ekonomi, ditambah makanan percuma dan hiburan dalam penerbangan unggul dan tiada caj kad kredit tersembunyi. Dengan tawaran ini, aku dapat pergi bercuti ke London, United Kingdom tidak lama lagi. Terima kasih, Malaysia Airlines!

34 Comments

  1. Best yer eyqa kalau dapat naik flight MAS ke London. Teringin juga nak holiday oversea ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nie kak huda. Nak pergi melancong sampai puas! Hihihii

      Delete
  2. london sgt best ... summer 2017 kak azni p sana... summer 2018 heheh dok dendiam kat rumah ... tapi kak azni pernah merasa naik airbus.. bukan dgn mas tapi dgn airlines lain... best ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak azni, boleh repeat pergi sana lagi tu. Hihihiii.. Teringin dah nie nak pergi sana

      Delete
  3. Alaaa...lama x travel..nak kena check traveloka la ni...

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat melancong ke luar negara, akak belum ada rezeki lagi nak pergi.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Best! Tapi kena menabung lagi nie untuk pergi bercuti ke sana..

      Delete
  6. Replies
    1. Akak dah banyak berjalan. Duduk diam-diam.. Hihihihiii

      Delete
  7. tak pernah naik kapal terbang lagi..hahaa..teringin nak naik juga pergi melancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa. Tapi nak pergi melancong nie kena sediakan banyak duit juga nie

      Delete
  8. biasa pernah dengar je buckingham tu.Huhuhu
    . cantik tempatnya yer.. harap ada rezeki ke sana suatu hari nanti. muehehehe

    ReplyDelete
  9. Teringin nak pergi London sebenarnya tapi tak kesampaian. Kalau dapat pergi time London buat Boxing Day Sale memang best sebab harga barang2 yang mahal jadi murah. Time tu memang kalau beli memang berbaloi lah.

    ReplyDelete
  10. Seronoknya London. Ada dalam wishlist Mak ni. Tunggu anak-anak besar sikit, boleh la travel jejauh. Buat masa ni, kita jalan dalam negara jelah. Huhuhu.

    ReplyDelete
  11. Seronok ni kalau dapat pergi ke london. Pastu dari london travel satu europe. Dulu dulu punya impian la tu. Tapi skrg bila dah ada anak, payah sikit. Kene tunggu dieorang besar dulu baru rasa berbaloi

    ReplyDelete
  12. Ramai yang idamkan dapat ke london, banyakkan tempat menarik yang kita boleh pergi. So, kena menabung la lepas ni

    ReplyDelete
  13. Rindu pulak nak ke London semula bila baca entry ni..dulu2 selalu ke sana, memang seronok dan banyak tempat menarik boleh dilawati. Harap2 dapatlah sis pergi balik ke sana

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat travel naik airbus a380..dah tu pterbang ke London..berganda bestnya kan

    ReplyDelete
  15. Sukalah tengok view tu rasa nak pergi sekarang jer! tak pe kan simpan angan-angan dahulu, bajet dah ada nanti baru lah pergi betul-betul

    ReplyDelete
  16. Air bus baru la luas skit compared to boeing..gud job MAS. akak ngn husband target nak ke london n spain lagi 7 thun..harap2 panjang umor la

    ReplyDelete
  17. Wahh bagusnya. Dah bleh ready untuk beli barang keperluan, plan tentatif program dan tempat untuk berootd. Menabung lagi, semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah lagi naik air bus membelah awan biru. Teringin juga naik kapal terbang untuk pergi bercuti.

    ReplyDelete
  19. Memang bagus kita buat tabung simpanan untuk pergi bercuti dan sebagainya. Sedar sedar je dah banyak dan boleh rancang percutian. Kunci disiplin

    ReplyDelete
  20. Rawlins memang suka naik MAS kalau travel sebab lebih selesa. Tak suka naik flight yang kecil ruang kaki dan kerusinya tegak kaku - memang sakit badan kalau duduk 8 jam dalam keadaan flight sebegini. And yes, London is also in my traveli list. Nak kena menabung gak.

    ReplyDelete
  21. mmg best klo dpt melancong smbil naik airbus..tapi xmampu lg nak smpai ke tahap..berangan2 dlu la..InsyaAllah satu hari nnt msti dpt naik juga..aminn

    ReplyDelete
  22. Wow I pun nak ikut ke London, the Airbus A380 macam canggih and selesa, long flight pun takde la rasa letih sangat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post