Kempen Zakat Perniagaan MyZakat@8 Bersama Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum

Kempen MyZakat@8 Bersama Lembaga Zakat Selangor | Bila sebut pasal zakat perniagaan, ada yang masih terpinga-pinga. Perlu ke bayar zakat perniagaan? Macam mana nak bayar zakat perniagaan? Dan yang paling terkejut bila masih ada yang tanya apa itu zakat perniagaan. Sebelum itu, aku perkenalkan dulu apa maksud zakat.

Apa itu zakat?

Dari segi bahasa, zakat merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَÙƒَÙ‰ ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dan dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Dengan mengeluarkan zakat, ia dapat memupuk rasa syukur dalam diri seseorang peniaga itu untuk lebih bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Tidak dapat kita nafikan bahawasanya nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak dan tidak terhitung. Berzakat adalah salah satu cara untuk kita melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Firman Allah SWT: Ada pun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memudahkannya untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. (al-Lail: 5-10)

Apa itu zakat perniagaan?

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.


Kini Lembaga Zakat Selangor sedang mengadakan Kempen MyZakat@8 (Taksir . Tunai . Sempurna). Kempen ini mula berlangsung pada 15 Oktober 2018 sehingga 31 Disember 2018 ini. Dan korang masih lagi sempat untuk sertai. Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi yang akan dibuat oleh e-cabutan dan diaudit.

Apa hadiah menarik itu? Antaranya komputer riba, telefon bimbit, tablet, hadiah saguhati dan baucer untuk pemenang. Macam mana nak menang? Haa sertai je kempen ini! Terus ke link Kempen MyZakat@8 untuk maklumat tentang terma dan syarat. Dan dibawah ini aku sertakan panduan taksiran zakat perniagaan.

Korang tunggu apa lagi tu? Ayuhhhhh usahawan semua! Sertai kempen ini sekarang. Masih berbaki 12 hari lagi untuk sertai. Klik link dibawah untuk mengisi borang penyertaan kempen ini. Segala syarat penyertaan disediakan untuk korang.

Borang Penyertaan Kempen MyZakat@8

Dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, korang boleh hubungi terus dengan menggunakan maklumat dibawah ini:

Website: Lembaga Zakat Selangor 
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Jabatan Perniagaan)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)

8 Comments

  1. Ohhh..gitu yea. Menarik ni.. bagus juga buat macam ni.Satu tarikan terbaru bagi mereka yg ingin melunaskan zakat.

    ReplyDelete
  2. terbaik kempen... galakkan peniaga menunaikan hak insan lain dan membersihkan harta

    ReplyDelete
  3. bayar zakat lepas tu kalau luck dpt hadiah..bgus ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post