Iklan AdSense Kerap Tidak Muncul

Assalamualaikum


Iklan AdSense Kerap Tidak Muncul | Selepas kenangan Lulus Adsense Selepas 5 Kali Gagal nie berjaya, aku nie berangan laa banyak dapat income tapi tak seperti yang indah aku angankan itu. AdSense lulus tetapi bila add layout, kejap je muncul. Lepas tu hilang. Entah ke mana hilangnya aku tak pasti.

Aku mula ambil mudah. Aku abaikan AdSense. Tapi bila tengok bloggers update AdSense dorang mencanak naik, aku mula cemburu. Terus aku sibuk membaca pasal AdSense. Kenapa kerap tidak muncul. Adakah template blog mainkan peranan jugak?

Aku terjumpa blog sifu Hasrul Hassan yang kongsikan tentang AdSense ini. Semalam aku terus godek-godek dengan menggunakan tips itu, alhamdulillah iklan tu masih kekal dan tidak hilang lagi.,Mungkin aku yang sambil lewa selama nie sampai tak sedar apa yang patut aku buat untuk mengatasi masalah iklan AdSense yang kerap tidak muncul nie.

Selain itu, blog yang membantu aku untuk selesaikan masalah ini blog Sis Hawa. Seriously, sangat membantu. Dan aku harap selepas nie masalah tidak berulang lagi. Aku nie kerap tukar template tau! Dan bila dah tukar template tu, mula laa tak setting code untuk AdSense. Maka, tak dapat apa laa iklan aku tu.

Banyak cara untuk mengatasi masalah tu, korang rajinkan diri untuk membaca. Selain dua blog yang aku mention tu, korang boleh je google lagi. Banyak je bloggers yang share tentang masalah nie. Jangan cakap tak jumpa! Korang je malas nak usaha,. Jangan jadi pemalas macam aku. Kan dah rugi. Sedangkan benda boleh selesaikan. Huhuhu...

4 Comments

  1. wahhh.. bagus2. Moga adsense eyqa pon mencanak. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiin.. Nie pun masih cuba lagi. Harap tak hilang laa AdSense nie

      Delete
  2. NAK TIPS TAK?

    hehe

    try letak iklan adsense dalam entri. terutamanya bawah tajuk entri.

    lepas tu,tgk earning naik ke tak.

    hehe

    Good luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas baca comment nie, terus cari tutorial letak iklan AdSense in article. Hopefully menjadi. Thank you so much!

      Delete
Previous Post Next Post