Assalamualaikum
Rabun Punca Sakit Kepala | Gigih update blog selepas cuti Deepavali. Biasa laa macam aku cakap dalam entry ini yang cakap nak update everyday tapi hampeh kan? Cakap je lebih.. Kekangan masa kerja melampaui segalanya. Kerlasss kau ayat!
Sebenarnya aku nak kongsikan kisah rabun aku yang makin teruk. Bagi aku bila power cermin mata dah cecah seratus nie, teruk dah. Sebab aku dah penat nak sangkut cermin mata atas hidung nie. Bila make up, kena pakai cermin mata. Orang dah tak nampak eye shadow merelip aku nie. Setiap tahun aku tukar cermin mata dan confirm bila check mata, power aku naik. Adoii! Penat laa macam nie..
Cermin mata pertama aku pada tahun 2015. Masa tu power mata kiri aku 75 dan kanan pun 75. Cermin mata kedua aku pada tahun 2016. Power mata aku kiri masih 75 dan kanan dah naik ke 125. Cermin mata ketiga aku pada tahun 2017. Power makin naik; kiri 125 dan kanan 150. Selepas setahun aku pakai, aku cuba risik-risik kedai untuk buat cermin mata baru. Alaa macam gambar atas tu. Hahahahaa.. Bila check, naik herlokkkk weyy! Power mata kiri aku dah 175 dan mata aku 200.
No wonder kalau aku pakai cermin mata, aku masih rasa kabur. Bila buka cermin mata, kabur teruk rasa. Power silau kiri dan kanan masih 75. Terkejut jugak bila power makin naik. Aku nie sejenis suka pakai contact lens. Aku masih tertanya-tanya adakah contact lens punca rabun makin tinggi. Dan ini laa punca aku kerap sakit kepala. Sejak aku tukar cermin mata, alhamdulillah kadang-kadang je sakit kepala menyerang.
Haritu memang aku kerap sakit kepala. Aku selalu tuam menggunakan ice pack bila nak rehat sebab tak tahan sakit kepala. Apatah lagi bila aku over-stressed kerja dan terlampau penat. Masa tu sakit kepala macam nak pecah. Ingatkan naik darah ke apa. Rupa-rupanya sebab power rabun aku makin naik. So, kalau korang pun ada gejala macam aku nie, pergi laa check mata tu.
Tags
Cermin Mata
Gaya Hidup
Info Sihat
Pengalaman
Rabun
Rabun Dekat
Rabun Jauh
Sakit
Sakit Kepala
Silau
samalah juga masalah mata akak. Ni dah okay lah, sebab bcermin mata. Tapi silau pon ada gak ni
ReplyDeleteA'ah akak. Bila dah pakai cermin mata yang betul-betul kena dengan power, baru okay.
DeleteI would you to go for LASIK treatment if you experiences problems wearing glasses. I did LASIK 20 years ago & never look back. It's so convenient & easy to be glasses free, I also dun like wearing glasses, it's 'hide' our face & eye makeup too.
ReplyDeleteLASIK tu perlukan budget besar jugak kan.. Hahahahaa.. Dah lama teringin nak buat LASIK. InsyaAllah nanti cukup budget, akan buat LASIK.
DeleteKakya pon pkai cermin matam klau tak pakai mula la serna tak kena siap.pakej pening kepala denyut2 tak blh tahan. Nak tak nak kena la pakai.
ReplyDeletePakai laa kakya. Eyqa nie bila pakai cermin mata baru selesa sikit..
Delete