Assalamualaikum
Tidak Cepat Atau Lewat Walaupun Sesaat | Apabila ajal menjelma, tidak akan pernah cepat atau lewat walaupun sesaat. Besar atau kecil, banyak atau sedikit amalan dan pahalanya, apabila sampai ajalnya, tetap pergi jua. Pergi meninggalkan kita yang masih khayal dengan duniawi.
Pagi nie aku kejutkan dengan berita pemergian rakan blogger, Abam Korie. Allahuakbar! Bangun pagi nak pergi kerja, buka Whatsapp dulu. Baca dalam group geng KBBA bagitahu yang arwah dah tak ada, terkejut! Semalam baru like status facebook arwah ucap selamat pagi.
Aku tidak pernah bertemu muka dengan arwah. Aku kenal dengan arwah masa aku join kelab blogger tu. Jujur aku katakan, arwah sangat baik! Tutur kata arwah tiada yang menyakitkan hati. Sentiasa positif. Betul laa, bila orang baik-baik pergi, kita turut terkesan.
Betapa ramai orang yang sihat tetapi meninggal dunia tanpa alasan dan berapa ramai pula yang sakit namun umur masih panjang. Dan ramai pemuda yang sihat di pagi dan petang hari, namun tanpa disedari kain kafannya sedang dipersiapkan untuknya.
Dalam tidak sedar, betapa ramai orang yang sakit diambang kematian tetapi dia kembali sihat sementara orang yang melawat dan merawatnya pergi menghadap Illahi.
Dalam tidak sedar, betapa ramai orang yang sakit diambang kematian tetapi dia kembali sihat sementara orang yang melawat dan merawatnya pergi menghadap Illahi.
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya (di dunia) dengan rumah yang lebih baik (di akhirat) serta gantilah keluarganya (di dunia) dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurgaMu dan lindungilah ia dari seksa kubur atau seksa api neraka.
Al-fatihah buatmu, Khoiri Kamis. Tenang dan damailah disana. Masamu telah tiba, rehatla dengan aman. Kami semua bakal menyusul cuma cepat atau lambat sahaja. Entah kenapa terkesan sangat rasa hati ini dengan berita nie. Allahuakbar!
innalillahiwainnailahirojiunn
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirojiunn.. al-fatihah
DeleteWaalaikumussalam. al-fatihah dengan bacaan
ReplyDeleteal fatihah
ReplyDeletesemoga arwah tenang disana
ReplyDeleteal fatihah kepada saudara semuslim yang sudah pergi mendahului kita.
ReplyDelete