Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Assalamualaikum


Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020 | Seperti yang kita maklum, pada 16 Mac 2020 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kita perlu Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan virus Covid19 yang makin membimbangkan serata dunia.


Tetapi tengahari tadi terdapat perutusan khas lagi. Diwartakan bahawan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

"Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia," katanya semasa Perutusan Perdana Menteri yang disiarkan Secara Langsung pada Rabu. 

Oleh itu, aku selalu berdoa agar wabak ini pulih dan kita boleh jalani kehidupan kita seperti biasa. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Semoga dengan datangnya bulan yang mulia itu, segalanya pulih.

Kalau nak benda nie pulih dengan cepat, kita pun perlu sama-sama bantu sesama kita. Kita perlu ikut saranan kerajaan; Perintah Kawalan Pergerakan. Janganlah kita berpusu-pusu dekat tempat ramai orang. Kita taktahu kesihatan orang sekeliling kita macam mana.


Please korang! Jaga diri masing-masing. Fuhh! Takut aku tengok sekarang. Penularan wabak yang makin hari makin meningkat. Haa! Kalau korang dah mati kutu fikir nak buat apa kat rumah tu, baca https://www.eyqahasnan.com/2020/03/8-tips-produktif-untuk-stayathome.html yang telah aku kongsikan ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. nice sharing sis.. and stay safe okay ^^

    Nurul singgah & follow sini ~

    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/cara-simpan-banyak-duit-walaupun-baru-bekerja.html

    ReplyDelete