Selamat Hari Lahir Eyqa Hasnan Yang Ke-25 Tahun

Assalamualaikum


Selamat Hari Lahir Eyqa Hasnan Yang Ke-25 Tahun | Ingatkan muda lagi tapi rupanya usia makin meningkat. Huhuhu.. tapi jiwa always muda tau! Berganjak usia ke 25 tahun, not too old right?

Alhamdulillah.. pada 14 March 2020 genap usia aku 25 tahun. Walaupun wish list aku untuk usia genap 25 tahun tak tercapai, aku tetap bersyukur kerana dikelilingi oleh orang orang yang baik dan sayangkan aku.


Terima kasih ayah dan ma yang besarkan aku dengan kasih sayang, kakak-kakak dan abang yang sayangkan adik bongsumu ini, kawan-kawan yang masih ingat diri aku walaupun kita berjauhan atau sering bermasam muka kerana pendapat dan tak lupa buat partner yang beli jiwa aku bila aku merajuk sebab dia kerja dan tak jumpa masa birthday aku.

Arghh! Umur dah 25 tahun tapi bila nak kahwin? Haa sabar jap! Banyak lagi yang belum aku capai. Aku kena capai target aku.. dan insyaAllah bila tiba waktunya, aku akan tie a knot! Sabarlaa.. doakan supaya jodohku cepat sampai.

Nahh! Saje nak share dengan korang video birthday aku. Sebagai appreciation aku dan sebagai kenangan. Sebab tu aku kongsikan dalam blog aku. Terharu weyy! Disebabkan birthday aku on weekend, officemates buat surprise awal tiga hari. Terkejut aku! Dahlaa masa tu aku baru lepas solat. Muka tak pakai apa apa skincare. Bare face and muka berparut teruk! Hahahahaa..




Dan ini hadiah yang aku dapat Set Mysterious Wawa Cosmetic. Terima kasih geng officemates aku. Appreciated sangat tau! Of course laa aku menangis masa dapat nie. Aku kan sedikit hati kerak nasi. Walaupun keras dan kering tapi bila cenggini, lembut macam tisu. Hihihi..
 
Terima kasih semua yang doakan aku. Sumpah aku sayang korang dunia akhirat. Tak percaya dah umur 25 tahun. Rasa macam baru lagi habis SPM. Hahahahaa.. rasa macam baru lagi menangis nak balik bila sambung belajar.

Korang.. doakan yang baik-baik untukku ya! Doakan supaya jodohku sampai bila tiba masanya dengan orang yang baik-baik. Sekali lagi, terima kasih semua! Siapa yang bagi hadiah tu, bisik bisik je laa.. hihihi..

2 Comments

  1. happy birthday eyqa hasnan . semoga dengan peningkatan umur ni CCL doakan semoga eyqa sentiasa lebih bersabar dengan segala cabaran hidup yang bakal datang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CCL :* InsyaAllah, aamiin.. terima kasih tau!

      Delete
Previous Post Next Post