Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout

Assalamualaikum



Kerana Local Skincare, Kulit Muka Aku Breakout | Selepas berminggu-minggu fikir, baru terbuka hati nak menaip tentang kulit muka breakout teruk. Nak menulis entry nie pun, perlukan kekuatan fizikal dan mental. Sama seperti yang aku hadap sekarang, mental kena kuat. Takboleh down bila orang sibuk kritik tentang kulit muka aku.


Aku mula-mula berjinak dengan local skincare nie sejak tahun 2014. Masa tu aku sambung belajar dan kulit yang sedia ada hitam manis nie bertambah gelap sebab masa tu tak pandai nak jaga muka. Tak pakai sunblock semua. Jadi, aku pun ikut saranan kakak aku dan dia laa perkenalkan local skincare.

Disini aku senaraikan produk tempatan yang pernah menghuni di kulit muka aku selama beberapa tahun nie. Dan setiap kali aku pakai, mampu beberapa bulan sahaja kulit cantik. Akibat daripada itu, aku tanggung sekarang dan sangat menyakitkan.

1. Ibu Putih
2. Dnars Skincare
3. Tati Skincare
4. Babies Blink Skincare
5. Glow Glowing Skincare
6. Deeja Skincare
7. Karisma Skincare
8. Kak Ell Skincare
9. Tia Amelia Skincare
10. Beautywise Rejuvenating Skincare

Ini antara yang aku pernah pakai. Aku senaraikan supaya korang lebih berhati-hati. Seksa tahu tak? Masa mula-mula pakai, ya Allah kulit aku cantik. Putih, licin dan glowing sangat. Tak make up pun apa. Ramai yang tegur muka nampak bersih. Tapi side effect tu orang taktahu.

Selepas seminggu puasa haritu, aku beli Beautywise Rejuvenating Skincare dengan seorang hamba Allah swt nie. Masa cuci muka tu, pedih dan gatal tapi aku gigih teruskan. Bila apply toner, sakit tu macam luka ditoreh tapi kena cuci dengan alcohol. Sakit dan aku masih teruskan! Bodohnya aku masa tu.


Hari ketiga, kulit muka dan bibir aku mula menggelupas. Aku contact seller tu tapi dia reply " Nak cantik memang sakit ". Aku pun bersabar. Tapi aku taktahan. Kulit aku jadi extra kering tau! Aku kerap basahkan muka sebab taktahan. Perit kulit muka bila jadi extra kering termasuk bibir aku. Genap hari ketujuh, aku google tentang skincare tu.


Stop! Terus aku stop skincare tu. Aku takut! Aku takut nak hadapi side effect muka breakout tapi aku tak berani nak teruskan. Aku fikir lagi tiga minggu nak raya dan muka aku akan breakout kalau aku stop skincare tu. Selepas aku fikir, aku terus contact seorang kenalan Instagram aku. Dia salah seorang beauty consultant Mary Kay.

Dia tanya aku apa masalah kulit aku, skincare apa aku pakai semuanya and dia suruh aku stop immediately. Yess! Aku terus stop tau sebab aku dah takut. Aku order skincare Mary Kay yang Set Botanical but not one set laa. Aku order for starter dulu sebab aku breakout skin sekarang. Dan di bawah nie muka aku masa breakout teruk sekarang.


Dua minggu! Dua minggu aku tak pakai apa-apa tau. Aku hanya cuci muka pakai Cetaphil sahaja sementara tunggu skincare Mary Kay sampai ke tangan aku. Hari ketiga selepas aku stop local skincare tu, muka aku mula tunjukkan perubahan. Jerawat, parut hitam, tompok-tompok hitam, kusam, kulit tidak sekata dan berminyak teruk muka. Aku malu! Aku mula down dan jauhkan diri dari partner aku. Aku taknak dia tengok muka aku buruk!

Walaubagaimanapun, sekarang aku cuba positif kan diri aku. Aku invest sedikit duit aku untuk beli beberapa barang muka di drugstore. Nanti aku akan kongsikan dengan korang apa yang aku pakai. Dan hasilnya kita tunggu nanti okay?

Cuma aku nak sampaikan kepada korang yang masih amalkan local skincare. Belum terlambat untuk korang stop! Aku dah menyesal dan sekarang aku terpaksa laburkan duit aku untuk pulihkan kulit muka aku yang rosak kerana local skincare.

Dan kepada yang breakout kerana local skincare, semoga korang tabah! Aku tahu apa yang korang rasa dan aku tahu macam mana peritnya nak berhadapan dengan orang lain. Kemana sahaja mesti orang akan tanya masalah kulit kita. Tak marah bila orang tanya cuma kecewa sebab diri nie masih belum kuat mental untuk terima soalan sebegitu.

InsyaAllah bila kulit aku dah okay dengan hasil skincare seperti gambar tu, aku akan kongsikan dengan korang tau! Aku pun tak sabar nak tengok hasilnya.
 
**Ini adalah perkongsian aku. Mungkin bahan kandungan di dalam skincare tak sesuai dengan kulit wajah aku.

33 Comments

  1. sama lah kita, sebab local skincare ni memang seksa nak pulihkan balik muka bila dah rosak.

    ReplyDelete
  2. sy prnh pakai babies blink. nasib baik sy stop sblm kulit jd makin teruk. mmg hasil pinkish blink2 tp lepas stop tu, perghhh... x tau nak habaq lagu mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. local skincare nie ada ingredient yang boleh menipiskan kulit kita

      Delete
  3. Allah moga kulit muka eyqa kembali pulih seperti dulu. Produk local macam ni memang banyak dijual di pasaran sekarang ntah macam mana la boleh lepas masuk dalam pasaran. Moga yang lain boleh ambik iktibar atas apa yang berlaku pada eyqa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiin.. tu laa, sedih tengok muka sendiri

      Delete
  4. moga dapat mengembalikan kulit muka Eyqa... terkejut tengok kesannya pakai produk lokal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiin.. tu laa akak, teruk tau! That's why eyqa senaraikan product yang hancurkan kulit muka eyqa :'(

      Delete
  5. So lepas ni bila dah dapat produk yg sesuai kulit muka diharap jgn tukar2 lg hanya kerana nak beli lokal yg belum sahih bagus atau tidak. Beli yg berkualiti walaupun mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taknak tukar dah.. takut! Sumpah serik dengan apa yang jadi :'(

      Delete
  6. Sakit hatinya dgn seller tu! Konon nak cantik mmg sakit, heh! Jangan give up okay Sis Eyqa! one day sis akan dapat kulit muka yang baik dan cantik. Tq share nama product2 ni sbb kawan I pon pakai Kak Ell. Ni nak g share kat dia pulak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati sangat! Tahu laa dia nak jaga nama product yang dia jual tapi tak sepatutnya macam tu :'( Most welcome! Haa bagitahu kawan kawan tu. Jangan sampai dorang terkena.

      Delete
  7. Banyaknyaa yang Eyqa pakai..Sis pernah pakai satu je dulu Natasha, stop aje naik gile jerawat, then pakai Safi, now je dah setia lama pakai hada labo...macam mimpi ngeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa antara product yang eyqa pernah pakai since 2014. Lama dan banyak product :'( Kaannn.. mimpi yang menakutkan!

      Delete
  8. Ya Allah kesiannya muka sis. Akak pun tak berani nak senang-senang cuba skincare. Semoga kulit sis kembali elok semula ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salah cuba tau akak! Nak try skincare, cari yang kat drugstore je.

      Delete
  9. Semoga kulit kembali sihat ya Eyqa ...

    ReplyDelete
  10. MasyaAllah kesiannye awk. Kalau ena pon down. Ena pon pakai marykay dari 2018 lg. Pakai marykay ni kena sabar. Makan masa lama sbb die natural ingredients. Percayalah puas hati. Ofhg purple tu jgn skip taw. Favourite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.. down sangat nie! Tu laa, beauty consultant pun bagitahu take time sikit Mary Kay nie. So, bersabar je laa. Ofhg tu dah jadi favorite sekarang! Best sangat, sejuk je muka nie.

      Delete
  11. babies blink tu prnh try gak zaman muda2 dulu.. hihi..
    kene byk bersabar utk kulit ok balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babies blink tinggalkan kesan jerawat yang banyak atas dahi dan kusam teruk gila! Betul tu.. kena banyakkan bersabar untuk semuanya pulih

      Delete
  12. Fuh selamat mmg tak pernah terjebak beli local products dari muda. Mmg diajar beli dari drugstore je dlu. All the best eyna. Semoga pulih kulit u. Jgn pakai skincare sbb hype dan trending je. Tgk ingredients dan sesuai dgn kulit ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pernah terjebak tau! InsyaAllah, aamiin.. tu laa, memang cari product yang sesuai dengan kulit je nie.

      Delete
  13. Harap kulit muka dapat disrmbuhkan.
    Apapun lepas ni kena hati-hati apabila pilih produk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiin.. sangat berharap agar kulit nie cepat sembuh!

      Delete
  14. assalam..

    tq share eyqa. yaya pon prnah kn mcm eyqa. ada jg pkai salah 1 prdk yg eyqa listkan tu. bila stop, kesannya emm.smpai xska nak hdp crmin tgok mka sdri huhu.tp skrg Alhamdulillah da ok skit. eyqa sbr ye. next time bl nak beli pkai prodct, bc & pilih yg lebih kpd smulajadi. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. most welcome yaya ;) Alhamdulillah kalau kulit yaya dah okay. Eyqa still dalam proses nak baik lagi.

      Delete
  15. Walaupun dah ramai breakout teruk pakai produk local tapi still bebas diaorang jual dekat pasaran. Kena ada kesedaran sendiri supaya nak pilih produk kena extra care. Moga muka cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. masih ramai yang berani mencuba! InsyaAllah, aamiin. Terima kasih ;)

      Delete
  16. M Mujur CCL takpernah terpakai produk2 yg ada mekuari yg macam tersenarai di atas . Takut jugak tue . CCL doakan skin muka eyqa pulih mcm biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut dengan kesannya CCL. Jangan terpedaya tau! InsyaAllah, aamiin.. terima kasih CCL ;)

      Delete
  17. Saya pakai skin dessert. Kulit memang cantik beberapa bulan. Bila ramai mangsa breakout saya pon stop. Kulit jadi kusam, tiny bump naik.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post