Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout Part 2

Assalamualaikum


Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout Part 2 | Sebelum nie ada aku kongsikan dengan korang macam mana teruknya muka aku selepas guna local skincare yang telah jahanamkan kulit muka aku.

Baca: Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout

Sekarang aku nak kongsikan dengan korang produk apa yang akan membantu untuk pulihkan kulit aku. Walaupun belum sepenuhnya pulih tapi kulit aku dalam proses repair. Nak sembuh sesuatu akibat kesan produk yang salah nie ambil masa yang sangat lama ye. So, kesabaran amat diperlukan termasuk moral support.

Aku akan update disini perjalanan aku nak pulihkan kulit aku. Walaupun mengambil masa yang sangat lama, aku akan tetap teruskan. Kerana disini aku akan coretkan kenangan dan aku boleh baca di masa akan datang macam mana dan apa usaha yang telah aku lakukan untuk pulih.

#1 Botanical Effects Cleanser


Aku telah pilih botanical effects cleanser Mary Kay. Seriously, best botanical effects cleanser. Texture tu berbeza sangat jika dibandingkan dengan cleanser yang pernah aku guna sebelum nie. Tidak berbuih seperti Cetaphil tau!

#2 Apricot Scrub St. Ives


Aku kekal pengguna setia brand St.Ives okay! Scrub nie so far paling okay walaupun ada aku baca sesetengah review cakap tak sesuai dan menyebabkan kulit getting worst. Aku pun kalau pakai scrub pun just gosok perlahan-lahan je. Apricot nie bagus untuk acne control.

Baca: Tips/Petua : Hilang Jerawat Dan Parut Dengan Mudah

#3 Spot Solution For Acne-Prone Skin


Yang sangat penting untuk jerawat aku! Bila aku guna spot treatment nie, cepat je kecut jerawat di muka aku. Dan sekarang dah kurang jerawat yang tiba tiba keluar sebiji besar dan sakit berdenyut-denyut tu. Kalau ada pun, baby jerawat. Kecil comel je! Auchhh!

#4 Himalaya Nourishing Cream Moisturiser


Sebenarnya, moisturiser nie sangat penting untuk kulit kita. Moisturiser dapat membantu untuk melembapkan kulit muka. Tetapi pemilihan moisturiser yang betul sangat penting. Jadi, korang perlu kenali jenis kulit muka sendiri dulu sebelum beli.

#5 Oil Free Hydrating Gel


Oil Free Hydrating Gel nie adalah dicipta khas untuk meningkatkan kelembapan kulit dan sangat sesuai yang mempunyai masalah kulit berminyak dan jerawat. Dan tak ada masalah seperti orang kata, nanti kulit tambah berminyak kalau pakai benda nie. No!

#6 Sunblock


Dalam banyak benda yang kita nak pakai, sunblock adalah wajib dan penting! Kenapa? Kerana sunblock membantu untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari yang berbahaya selain daripada mengurangkan risiko masalah kulit. Aku masih kekal setia dengan sunblock Biore nie tau!

#7 Mud Mask (Charcoal + Black Sugar)


Untuk spa di rumah, aku akan manjakan kulit muka aku dengan mud mask by Freeman. Mud mask nie aku akan guna setiap hari Khamis. Best weyy! Kombinasi charcoal dan black sugar adalah untuk menyerap minyak disamping membersihkan kulit tanpa mengeringkan kulit. Selain itu, membantu untuk membuang sel kulit mati. Detoxifying okay!

#8 Clay Mask (Mint + Lemon)


Clay mask nie pulak aku akan guna setiap hari Ahad. Kelebihan clay mask untuk kulit breakout dan kulit berminyak. Kalau cuci muka lepas pakai clay mask nie, memang kulit totally smooth je. Clay mask nie untuk oil absorbing! So, yang mana mempunyai masalah kulit berminyak dan kulit breakout, highly recommended okay!

#9 Vitamin C 21st Century


Akhir sekali, aku amalkan Vitamin C untuk kulit aku. Sebelum aku beli Vitamin C nie, aku dah google banyak laa apa kebaikan untuk kulit semua. So far, ini yang menarik perhatian aku. Murah dan berbaloi! Baru seminggu aku amalkan, aku perasan kulit aku lembut. Kebiasaannya siku aku nie kasar sikit jika dibandingkan dengan bahagian lain tapi sekarang tidak lagi. Seriously dah lembut!

Ini je laa yang aku amalkan dah nak masuk sebulan nie. Walaupun masih baru dan aku pasti banyak masa yang perlu diambil untuk pulih semula kulit dan usaha lain aku perlu lakukan, aku tetap sabar. Dan di bawah nie, jadual untuk skin routine aku tau! Aku buat supaya aku sentiasa alert dengan skin routine aku.


Nak capai sesuatu, aku perlu sabar dan lakukan dengan kosisten. Tak semudah itu nak pulih segala benda. Betul kan? Doakan supaya kulit aku pulih ya? Walaupun tak glass skin, glowing tapi aku nak kulit aku sihat. Itu yang penting sekarang!


Nanti dah makin nampak progress lain, aku akan kongsikan disini. Sekarang nie, tak ada wajah sendiri lagi tau! Apa kunci untuk kekuatan aku sekarang ialah sabar.

12 Comments

  1. moisturiser himalay tu pernah guna..
    mmg best sgt!

    ReplyDelete
  2. Muka saya juga breakout bila guna jenama Korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah product tak sesuai dengan kulit kita

      Delete
  3. Benar, muka ni kalau nak di belai nak bagi lawa, memang kena sabar dan perlu berkorban wang ringgit kann...sebab anak Sis pun sama..
    Ada suku dr barang tu anak Sis pun guna..

    ReplyDelete
  4. Bahaya juga kan kalau tersilap amik produk. Boleh rosak muka.. tapi yg skrg u guna mmg nampak bagus

    ReplyDelete
  5. Sebelum apa2 memng kene tau kulit kita jenis ape.. Lepas tu cari produk yang sesuai.. Nad pun pakai campur2 asalkan berkesan kat muka kita

    ReplyDelete
  6. Betul tu... nak pulihkan kulit yg pernah rosak akibat skincare yg salah mmg perlu kesabaran yg sgt2 tinggi.. moisturiser tu betul penting. Saya pakai moisturiser yg dah siap combine dengan sunscreen & sunblock yg ada SPF50... jenama Youth by Shaklee. Yg penting semulajadi, non-chemical.

    ReplyDelete
  7. Semoga muka sis sembuh dgn baik. Make sure sunscreen pakai selalu tau.

    ReplyDelete
  8. Huhuhu takut pula... kena hati hati kan pilih skin care zaman sekarang ni... Apa pun, Alhamdulillah ada produk lain yang boleh memulihkan kulit muka Eyqa. Semoga cepat pulih ye Eyqa...

    ReplyDelete
  9. hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. memang kena sabar la kalau nak baiki kulit rosak ni. saya pun ada pakai skincare, so far dah lebih 2tahun guna memang berpuas hati

    ReplyDelete
Previous Post Next Post