Assalamualaikum
8 Tips Penjagaan Asas Muka Breakout | Kalau korang pernah baca, aku sedang mengalami kulit breakout yang teruk. Makan masa bertahun-tahun untuk pulih apabila tersalah pilih produk muka.
Baca: Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout Part 1
Baca: Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout Part 2
#1 Elakkan whitening produk
Produk pemutih diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan. Aku tegaskan disini, whitening produk sangat tidak bagus untuk kulit berjerawat. Kalau korang nak pakai whitening produk, pastikan rawat jerawat dulu. Whitening produk yang ada di drugstore sahaja ye kalau nak beli tu.
#2 Pilih produk yang sesuai
Nak rawat dan jaga muka, pastikan yang bersesuaian dengan kulit muka. Jangan asyik dengar cakap orang je. Pilih yang disyorkan oleh dermatologist. Jangan cepat terpengaruh dengan produk cerah dalam masa 7 hari tu.
Baca: Tips/Petua : Hilang Jerawat Dan Parut Dengan Mudah
#3 Lap muka menggunakan tisu atau tuala khas
Big no kalau korang tak asingkan tuala mandi dengan tuala khas untuk muka. Jangan lap muka menggunakan tuala yang korang dah buat lap badan tu. Asingkan! Dan tukar tuala muka tu setiap hari lagi bagus. Kalau malas nak guna tuala muka, gunakan tisu pun boleh.
#4 Elakkan scrub muka ketika berjerawat teruk
Jika muka korang tengah berjerawat kembang mekar, elakkan scrub. Betul, scrub nie bagus untuk tanggalkan sel-sel kulit mati. Tapi jika jerawat mekar dan korang scrub muka, itu menyebabkan keadaan makin teruk.
#5 Jangan sentuh muka
Kalau korang suka sentuh muka, korang memang sama macam aku. Rasa macam gatal je tangan nie nak pegang-pegang muka sendiri. No no no! Kita sendiri tak pasti sama ada tangan kita bersih atau tidak. Sebab tu jerawat bukan main lagi beranak pinak.
#6 Picit jerawat
Nie kalau korang suka picit jerawat, memang betul sama macam aku. Pantang ada jerawat, confirm berdiri depan cermin, rapatkan hidung kat cermin dan picit jerawat. Nak picit jerawat tak salah. Yang salah bila salah caranya. Mula laa tinggalkan parut hitam
Cara picit jerawat yang betul ialah menggunakan jari, bukan kuku. Keluarkan nanah, darah dan akhir sekali cecair jernih. Bila dah keluar cecair jernih, tu maknanya dah keluar habis dah jerawat tu. Ataupun korang boleh pakai ubat atau cream untuk kecutkan jerawat.
#7 Moisturizer itu wajib
Moisturizer berfungsi sebagai pelembap muka dan membantu untuk mengekalkan kelembapan muka. Jangan pernah tinggal moisturizer ini. Kalau kulit berminyak atau combination, boleh cari moisturizer yang water based.
#8 Minum air putih
Mana-mana tips yang korang baca mengenai kecantikan atau kesihatan, memang akan tegaskan untuk minum air putih sekurang kurang 8 gelas sehari. Korang jangan culas untuk minum air putih.
Kesan semua ini bergantung pada individu itu sendiri. Kuncinya ialah rajin dan konsisten barulah hasilnya menarik.
part sentuh muka tu payah sikit hahahah
ReplyDeleteMesti rasa nak sentuh je kan muka sendiri. Hahahahaa
DeleteAla-ala baru baru muka CCL breakout teruk bahagian pipi . Bukan salah produk skincare . But salah pemakanan . At the same time face mask juga . Tapi sekarang alhamdulillah dh seminggu bjaya juga kurangkan jerawat2 . Tinggal scars je
ReplyDeletePemakanan salah satu faktor besar jugak tu, kan? CCL, scars tu susahnya nak hilang. Memang ambil masa yang sangat lama bagi eyqa.
Delete