Assalamualaikum
Jom Sertai Kempen Zakat Saham Dan Menang Hadiah Menarik | Bila sebut pasal zakat, banyak kategori zakat yang aku masih belum tahu. Bila lebihkan masa untuk gali cari ilmu tentang zakat, baru aku sedar banyak lagi jenis-jenis zakat. Antaranya zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian dan zakat saham.
Terus aku tertanya-tanya, saham pun ada zakat ke? Aku ingatkan saham nie hanya untung rugi sahaja. Cepat-cepat aku tanya orang yang lebih arif tentang zakat saham agar aku tidak tersilap faham kemudian hari.
Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baru yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, seperti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.
Kriteria Saham
Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak.
Dalil Zakat Saham
Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)
Pengiraan Zakat Saham
Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan
Senario 1: Syarikat Membayar Zakat
Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat
Kempen Zakat Saham
Kempen Zakat Saham telah dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula 15 September 2020 sehingga 30 November 2020. Dan kempen ini terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat saham di Lembaga Zakat Selangor sahaja. Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta. Jumlah bayaran zakat saham adalah bawah RM50000.
Peserta mestilah membuat bayaran zakat saham dan memenuhi semua kriteria yang dinyatakan dan menjawab semua soalan dengan betul bagi melayakkan diri dalam penyertaan kempen. Macam mana nak sertai? Mehh sini aku terangkan kepada korang.
Langkah 1:
Buat bayaran zakat saham melalui platform Ezakatpay https://fpx.zakatselangor.com.my/, cawangan Lembaga Zakat Selangor atau semua ejen kutip Lembaga Zakat Selangor.
Langkah 2:
Selepas selesai membuat bayaran zakat saham, scan QR Code di atas atau korang layari bit.ly/zakatsaham20202
Langkah 3:
Jawab soalan mudah yang disediakan dan lengkapkan maklumat diri
Mudah je kan? Hadiah istimewa menanti pembayar bertuah. Apa hadiah tersebut? Antaranya telefon bimbit, tablet, baucer dan hadiah saguhati. Menariknya! Apa tunggu lagi tu? Sertai sekarang!
Dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, korang boleh hubungi terus dengan menggunakan maklumat dibawah ini:
Website: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)
Ingatlah! Sebagai Muslim kita diwajibkan menunaikan zakat kerana dengan mengeluarkan zakat dapat membersihkan jiwa dan mensucikan harta kita. Sentiasa letakkan zakat dihati dan dalam diri kita.
Bagus LZS buat peraduan macam ni, masyarakat jadi lebih cakna mengenai zakat 😊
ReplyDeleteBetul tu.. cara pendekatan dia sangat menarik!
DeleteDengan adanya peraduan ini, mudah²an semua umat Islam yang layak untuk bezakat dapat menunaikan tanggungjawab mereka, demi mendapat pahala dan keberkatan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita..
ReplyDeleteSelama ni kita tahu zakat harta zakat fidyah zakat emas perak dan beberapa zakat yang lain lagi. Zakat Saham ni tak berapa tahu sangat. Alhamdulillah bila dapat baca perkongsian info macam ni boleh la tambah pengetahuan
ReplyDeletemenarik info ni. Jelas....
ReplyDelete