Kunjungi Tempat Menarik Dan Hotel Terbaik Di Penang

Assalamualaikum


Kunjungi Tempat Menarik Dan Hotel Terbaik Di Penang | Nak bercuti tapi pandemic Covid-19 buatkan aku terfikir apa jalan yang terbaik untuk melunaskan hasrat bercuti disamping nak release tension dan penat seharian bekerja perah otak dan keringat untuk kesejahteraan syarikat.

Aku paling teringin nak bercuti ke Penang. Penang antara negeri yang aku belum pernah jejakkan kaki lagi. Penang ialah tempat yang terkenal dengan tempat bersejarah, kaya dengan keindahan flora dan fauna dan juga dikatakan sebagai syurga makanan.

Jika korang mencari destinasi pelancongan yang mempunyai pantai pasir putih beserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, Penang adalah destinasi pelancongan yang terbaik.

1. Penang Hill

Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera adalah tempat yang wajib dikunjungi kerana menyimpan pelbagai spesis flora dan fauna serta memiliki pemandangan yang indah.

Antara tempat menarik yang selalu dikunjungi ialah The Sky Walk. Disini korang bakal dapat menikmati pemandangan di atas bukit yang terbentang luas dengan pemandangan laut yang indah.

Selain itu, Love Lock atau terkenal dengan jambatan cinta juga menjadi pengunjung kerana disini boleh letak kunci berbentuk love di pagar.

2. Magic World Penang (Phantamania)

Rasai sendiri dunia penuh dengan magikal di depan mata. Kalau sebelum nie korang tengok pertunjukan magik melalui kaca tv, sekarang tidak lagi apabila korang kunjungi Magic World Penang.

Dunia magik ini seakan hidup apabila korang perlu lalui lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas itu, korang akan menemui dan lalui lebih banyak ilusi optikal selepas berjaya keluar dari ‘maze’ kaca.

Lebih menarik apabila korang dapat menyaksikan pertunjukan magik. Sebelum pulang, korang boleh singgah ke kedai aksesori untuk membeli barangan magik yang jual disana.

3. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang merupakan salah satu tumpuan para pelancong kerana ia menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang ditemui dan yang hampir pupus serta mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.

Pengunjung juga berpeluang mendalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir, berbatu sehingga dataran lumpur, baya bakau dan hutan hujan tropikal.

Kalau korang kaki mengembara dalam hutan, pastikan korang melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.

4. Taman Rama-Rama (Entopia)

Pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.

Bukan itu sahaja, taman ini turut menempatkan banyak lagi serangga lain seperti kelip-kelip, pepatung, kumbang, mentadak dan banyak lagi haiwan invertebrata lain seperti kala jengking, labah-labah dan ulat gonggok.

5. The Top

Selain Jurassic Research Centre dan Rainbow Skywalk, sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan menarik yang lain. Yang menariknya, kesemua tarikan ini berpusat di The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya terdapat 18 buah tarikan yang wajib korang lawati seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality dan banyak lagi.

6. Pantai Batu Ferringhi

Penang sangat sinonim dengan Pantai Batu Ferringhi yang merupakan destinasi pelancongan yang paling popular terutamanya pelancong asing. Pantai peranginan ini mempunyai banyak aktiviti untuk diterokai bersama seisi keluarga seperti berkelah atau bersantai sambil melihat pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam.

Selain itu, pelbagai permainan yang ditawarkan disini untuk dijadikan aktiviti sukan bersama keluarga seperti bermain jetski, banana boat, parasailing dan sebagainya.

Sekiranya korang bercuti ke Penang, terdapat beberapa hotel in Penang yang menarik sebagai destinasi penginapan. Korang boleh cari hotel seperti Hard Rock Hotel Penang, Park Royal Hotel Penang, Golden Sands Resort Hotel Penang dan sebagainya.

Hotel in Penang tersebut ini berhampiran dengan Pantai Batu Feringghi yang semestinya mempunyai pemandangan yang indah serta pelbagai restoran yang menghidangkan makanan yang enak boleh didapati di sini.

7. Pasar Malam Batu Ferringhi

Kalau tadi ke Pantai Batu Feringghi, sebelah malam kita ke Pasar Malam Batu Ferringhi. Pasar Malam Batu Ferringhi merupakan salah satu lokasi yang digemari pelancong kerana terletak tidak jauh daripada pantai serta mempunyai banyak pilihan barangan cenderamata untuk dibawa pulang.

Antara jenis-jenis barang yang terdapat di sini ialah seperti kekunci, pakaian, barangan kraf serta pelbagai pilihan barangan untuk aksesori lelaki dan wanita. Rata-rata pengunjung akan ke sini untuk membeli barangan tersebut.

Apa paling best di sini, korang boleh tawar menawar dengan penjual untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. Selain itu, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman yang membolehkan korang menikmati waktu malam dengan makan-makan, cuci mata atau bershopping di sini.

8. Escape Theme Park

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat pelbagai aktiviti lasak (Adventure play) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (Zip Lining), Atan Leap (Bungie Jumping) dan banyak lagi!

Dah puas dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Korang boleh meneruskan keseronokan dengan bermain di Waterplay nya yang padat dengan pelbagai permainan air. Sehari memang tak cukup!

9. Penang Street Art

UNESCO telah memberikan pengiktirafan bahawa Penang merupakan destinasi pelancongan kerana tarikannya yang cukup luar biasa. Penang menempatkan banyak bangunan bersejarah sehingga menghasilkan seni bina reka bentuk bangunan yang mengagumkan.

Penang Street Art juga menjadi salah satu lokasi tumpuan pengunjung yang mana menghasilkan banyak lukisan mural yang kreatif. Kebanyakan lukisan yang terdapat di sini menggambarkan personaliti kebudayaan di Penang dari sudut yang berbeza. Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maknanya tersendiri. Lukisan-lukisan moral ini dihasilkan oleh pelukis terkenal dari Lithuania, Ernest Zacharevic pada suatu ketika dahulu.

Tempat ini menjadi tempat paling terkenal untuk berswafoto dikalangan penduduk mahupun pelancong untuk dijadikan sebagai kenangan.

10. Penang Avatar Secret Garden

Berswafoto bersama keluarga dan tersayang di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan.  Penang Avatar Secret Garden merupakan bandar satelit yang berkonsepkan cahaya lampu yang terletak Tanjung Tokong.

Apa yang menarik, tempat ini dikelilingi lampu LED yang digantung di pokok-pokok besar di atas bukit yang sangat menakjubkan. Selain itu, tempat ini berada berhampiran dengan pantai dimana pengunjung dapat menikmati angin pantai sambil makan atau bergambar di sekitar itu.

Walaupun tempat ini agak kecil, memang tidak dinafikan ia mempunyai persekitaran yang sangat cantik dan menarik sebijik macam cerita Avatar. Tidak sia-sia jika anda berkunjung ke sini ketika bercuti.

Post a Comment

12 Comments

  1. Banyak tempat menarik di Penang... mai la....

    ReplyDelete
  2. Dah plan nak berjalan ke penang tapi pkp pula aihh. Sedih...

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak jalan ke Penang. Banyak sangat dah tempat menarik. Keadaan dah reda nanti nak pi sana

    ReplyDelete
  4. Syg nya dulu pernah p penang, tp xjln2 kjp ja time tu..nnt repeat dngn suami n anak..hihi..btw i follow u done msukkan dlm my bloglist..hope u return juga tauu

    ReplyDelete
  5. Waaa...lama betoi tak jalan2 kat Penang. Rupanya banyak lagi tak singgah. Boleh laa set on list lepas PKP ni.

    ReplyDelete
  6. Rindu nya nak pi penang jengjalan makan-makan. Moga cepat laaa lenyap covid19, nak pi jalan, nak pi bercuti...!!

    ReplyDelete
  7. Rindu nya nak pi penang jengjalan makan-makan. Moga cepat laaa lenyap covid19, nak pi jalan, nak pi bercuti...!!

    ReplyDelete
  8. huhu, sedih plak baca sharing eyqa ni.. kalau ikut plan awal Januari akak g holiday penang, tapi sebab PKP x boleh nak pergi dan takut kes makin naik time tu

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak pergi penamg.. Pernh pergi street tu, pastu mana erk.. Lupa.. Hahaha.. Ade lagi belum pergi yang eyqa senaraikan. Bila nak hbis covid.. Boleh pergi

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak pergi Penang! Makin banyak attraction ekk

    ReplyDelete
  11. Penang best .. kak azni suka p penang. 4 thn kaaan dok sana

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaa.. dni teringin nak bawa anak anak gi jenjalan penang

    ReplyDelete