Mudahkan Urusan, Bayar Zakat Secara Online Sahaja

Assalamualaikum

Mudahkan Urusan, Bayar Zakat Secara Online Sahaja | Alhamdulillah.. dah masuk Ramadhan ke-2. Masa berlalu kian pantas. Dan dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal yang bakal menjelma. Tapi, zakat fitrah tetap on ya!

Dalam musim pandemik Covid-19, kita masih menjaga jarak demi sama-sama #breakthechain. Tapi Lembaga Zakat Selangor mudahkan kerja kita semua dengan pembayaran secara online atau cashless. Jadi kita tak perlu ke pusat zakat lagi.

Lembaga Zakat Selangor membantu untuk kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak perlu keluar rumah. Bila bayar zakat secara online, lebih mudah, selamat dan pantas. Tak perlu keluar rumah, hanya lakukan pembayaran dimana mana sahaja.

Apa itu zakat?

Dari segi bahasa, zakat merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَÙƒَÙ‰ ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dan dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Dengan mengeluarkan zakat, ia dapat memupuk rasa syukur dalam diri seseorang peniaga itu untuk lebih bersyukur terhadap nikmat-nikmat yang Allah telah berikan. Tidak dapat kita nafikan bahawasanya nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita sangat banyak dan tidak terhitung. Berzakat adalah salah satu cara untuk kita melahirkan rasa syukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Kaedah Pembayaran Zakat Online Melalui Jompay

Hanya melalui platform Jompay, korang boleh bayar zakat. Mudah kan? Bukan bil je boleh bayar melalui Jompay, zakat pun boleh. Hanya masukkan biller code 3145 untuk Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, ada yang lagi menyeronokkan tau dengan Lembaga Zakat Selangor nie. Setiap tahun, wajib ada peraduan untuk pembayar zakat semua.

Peraduan Zakat Cashless

Bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021, Lembaga Zakat Selangor sedang mengadakan Peraduan Zakat Cashless yang terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat dimana-mana saluran bayaran tanpa tunai yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Jangan risau, tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikam. Kalau bayar zakat RM7 pun, masih layak untuk menyertai peraduan ini.

Dan kalau korang dah bayar zakat dimana-mana saluran yang di sediakan oleh Lembaga Zakat Selangor, jom kita sertai! Mana tahu ada rezeki boleh menang Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN bernilai RM6000 tu.

Ingatlah! Sebagai Muslim kita diwajibkan menunaikan zakat kerana dengan mengeluarkan zakat dapat membersihkan jiwa dan mensucikan harta kita. Sentiasa letakkan zakat dihati dan dalam diri kita.

Website: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)

3 Comments

  1. Senang sangat boleh bayar online. Di rumah pun boleh selesai

    ReplyDelete
  2. alahmdulillah . harap semua sempat tunaikan kewajipan berzakat

    ReplyDelete
Previous Post Next Post