Dugaan Dan Kenangan Ke Arah Perkahwinan

Assalamualaikum

Kenangan Siapkan Barang Persediaan Perkahwinan | Selepas hampir dua tahun lebih bercinta, hampir tujuh bulan lebih bertunang, insyaAllah dengan izinNya, aku dan dia akan membina masjid yang diredhai olehNya.

Nak sampai ke tahap ini, hanya Allah swt je yang tahu. Pelbagai ujian melanda, dugaan demi dugaan untuk sampai ke tahap sekarang. Gelak, ketawa, nangis, gaduh semua ada. Bercinta dan ditinggalkan kerana perangai pun pernah.

Aku pernah tanya dia, apa dia nak daripada aku. Aku tak cantik, aku baran. Aku tak ada apa-apa yang istimewa. Jawapan yang dia bagi sangat ringkas dan bermakna bagi aku, " Nak jadikan isteri ".

Tu pun selepas berbaik, aku hanya bagitahu dia kalau betul sayang aku, ada niat nak memperisterikan aku, datang masuk meminang. Tak lama selepas aku keluar ayat tu, dia ajak pergi beli cincin. Dan selepas seminggu beli cincin, keluarga dia datang masuk meminang dan bertunang.

Alhamdulillah.. selamat bergelar tunang orang pada 09 Januari 2021. Perjalanan baru untuk aku selepas bergelar tunangan orang. Masa dah bergelar tunangan orang, makin kuat dan besar dugaan yang datang. Kerap berselisih faham, diuji dengan kewangan sebab risaukan tak sempat dengan tarikh nikah yang makin dekat, masalah pandemik Covid-19 yang melanda. Kejap PKPP, PKPB, PKPD dan PKP. Nak decide tarikh nikah, entah berapa kali kena tukar tarikh.

Diuji lagi olehNya, pada 01 Jun 2021 jam 3.30 petang, nenek aku meninggal dunia. Sakitnya hanya Allah swt je yang tahu. Aku cuba fikir positive. Mungkin ini hikmahnya bila aku terpaksa tangguh nikah aku.

Baca: Perginya Insan Yang Aku Sayangi

Bila dah ada plan nak akad nikah, tetiba wujudnya Kluster Gong Pasir. Kampung aku sendiri. Akibatnya? PKPD selama sebulan lebih. Menangis! Memang aku menangis fikir hal nikah. Entah kenapa susah sangat nak bina masjid.

Tujuh bulan itu terlampau singkat untuk kami. Aku focus banyak benda pada satu masa sampai aku penat. Aku burn out! Aku menangis bila aku tak mampu. Pernah aku minta putuskan tali pertunangan sebab aku penat. Tapi dia tenangkan aku suruh bersabar.

Tanpa aku sedar, Allah swt bantu kami permudahkan segalanya. Duit cukup untuk beli barang hantaran, mudah untuk selesaikan borang-borang nikah, dapat rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja dan harga sewaan yang murah. Rumah tu pun selesa.

Nak nangis bila nampak satu persatu selesai mengikut masa yang ditetapkan. Rasa macam tak bersyukur bila asyik merungut takut tak sempat nak siapkan semuanya. Sedangkan Allah swt dah permudahkan tanpa aku sedar.

Sekarang dah berdebar menanti saat untuk diijabkabulkan. Doakan untuk hubungan aku dan dia. Tak sangka bakal menjadi isteri pada usia 26 tahun. Dan tak sangka bakal menjadi isteri kepada seseorang yang aku tak pernah sangka dia yang aku sayang dan cinta walhal aku tak nak dia dulu.

By the way, ada doa yang aku amalkan sejak aku jatuh sayang padanya. Aku amalkan sampai sekarang dan insyaAllah berterus.

Ya Allah, jadikanlah dia (namanya) jodohku yang baik dari segi akhlak dan juga penciptaan (rupa paras). Jadikanlah dia seorang yang taat serta menjaga maruah diri, mampu membimbingku (nama sendiri) untuk ke jalan yang diredhai olehMu.

" If you love something, let it go free. If it doesn't come back, you never had it. If it comes back, love it forever ". - Douglas Horton

8 Comments

  1. Hhuihhhh dan lagi update blog mek ni hahahah...apapun selamat melangkah ke alam baru....pakej nikah ni dtg sekali dengan set kena sabar,banyak bertenang,jgn buru-buru dalam apa jua tindakan,jaga mulut jaga adab juga ye....selamat pengantin baru....moga kasih sayang kekal ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tau draft entry nie. Memang plan nak publish pagi hari nikah. Hihihihiii.. termakbul jugak akhirnya. InsyaAllah, aamiin.. terima kak sue untuk nasihat itu. Hugsss~

      Delete
  2. Congratulation to you both.. InsyaAllah semoga segala urusan awak dipermudahkan. Your story macam Aini juga.. kenal x sampai setahun.. tunang 6 bulan pastu nikah di usia 26tahun. Alhamdulillah Aini dah 11 tahun kawin.. dapat anak di usia 33 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aamiin.. doakan supaya eyqa dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juga ya?

      Delete
  3. Waah tahniah. Kesusahan yang dirasakan akhirnya berhujung kemanisan.

    ReplyDelete
  4. Teruskan berdoa yang baik-baik.. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. semoga segala urusan dipermudahkan.
    bila dah bernikah..jangan cepat mengalah, jangan cepat melatah. Awal 5 tahun perkahwinan tempoh yg paling payah utk pasangan dari segi kewangan, kesefahaman. Belajar terima kekurangan masing2. Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. tahniah for both of u . insyallah saya doakan anda dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post