Assalamualaikum
Kulit Muka Kembali Sihat Selepas Setahun Breakout | Aku nie kalau sebut pasal muka breakout, fobia betul tau. Dah pernah merasa kulit breakout teruk dan ambil masa yang sangat lama untuk pulih. Bukan waktu yang singkat tau!
Baca: Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout
Sama ada hati kental atau tidak je untuk hadap semua nie. Aku nie kadang-kadang rapuh bila tengok muka sendiri dalam cermin. Kusam, berjerawat, berparut dan sebagainya. Tunang aku sendiri kadang-kadang tegur kenapa muka aku kusam.
Aku nie kental lagi laa.. aku tetap jaga kulit muka macam biasa. Tapi semuanya produk di drugstore sahaja. Apa yang aku kongsikan nie adalah produk yang sesuai dengan kulit wajah aku. Untuk korang, mungkin sesuai atau sebaliknya.
1. Foaming Cleanser Neutrogena
Aku guna foaming cleanser Neutrogena nie je. Yang nie salah satu pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak nie. Aku cuci muka dua kali sehari; pagi dan malam sebelum tidur. Untuk tengahari tu bila remove make up, cuci guna air biasa sahaja.
Tips: Untuk kulit normal boleh guna air suam. Untuk kulit muka yang jenis berminyak, korang cuci air biasa sahaja iaitu air suhu bilik. Kalau guna air suam, kulit korang boleh jadi lebih cepat berminyak.
2. Booster Serum Garnier Vitamin C
Aku sejenis tak suka pakai toner. Kalau toner, banyak kali skip walaupun toner banyak kelebihan. So, selepas cuci muka, aku akan sapu booster serum Garnier Vitamin C. Kulit lebih cerah dan bintik hitam tu makin pudar.
Tips: Pilih serum yang sesuai dengan masalah kulit. Serum sangat penting untuk merawat kulit kita yang makin kurang kolagen apabila meningkat usia.
3. Skin Aqua UV Watery Gel Sunblock
Dalam banyak benda yang kita nak pakai, sunblock adalah wajib dan penting! Kenapa? Kerana sunblock membantu untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari yang berbahaya selain daripada mengurangkan risiko masalah kulit.
Tips: Untuk kulit berminyak, sila pilih sunblock yang watery gel based.
4. Vaseline Brightening Gel Fresh & Radiant Rice Water
Sebenarnya lotion nie untuk badan. Tapi bila aku tengok senarai kandungan ada air sebagai bahan utama; glycerin, niacinamide, petrolaum dan rice water. Terus aku cuba amalkan sapu kat muka aku. Paling best sebab cepat meresap okay! Lepas sapu muka, boleh sapu kat tangan.
Tips: Kalau korang nak lihat hasil yang memuaskan, korang perlu konsisten pakai tau! Jangan malas.
5. Silky White Magic Face Powder
Nampak tak betapa setianya aku? Dari dulu aku pakai bedak nie je tau! Tak ada bedak-bedak mahal pun. Kenapa aku pilih bedak nie? Sebab bedak nie je sesuai dengan kulit muka aku. Bau pun wangi. Aku tak gemar pakai compact powder. Bagi aku compact powder tu berat untuk kulit muka aku.
Baca: Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout Part 2
6. AIKEN Prebiotic Micellar Water Hydra Plus
Lastly, untuk make up remover, aku akan guna AIKEN Prebiotic Micellar Water Hydra Plus. Micellar water bukan hanya untuk menghilangkan make up tetapi membersihkan kulit tanpa membilas.
Alhamdulillah.. sekarang kulit aku makin sihat. Walaubagaimanapun, parut jerawat masih ada dan jerawat masih ada keluar tetapi tak sebanyak dan seteruk dulu. Aku pulak sejenis tangan tak boleh duduk diam. Sibuk nak picit je.
Tengok tu! Alhamdulillah.. my skin getting better. Bersyukur padaMu ya Allah! Tak perlu aku habiskan duit beribu pun. Cukup barang-barang keperluan yang kat drugstore tu je. Walaupun lambat tindakbalas tetapi hasilnya memuaskan. Lagi seronok bila tunang sendiri pun tegur kulit dah nampak makin sihat.
Untuk korang yang mana masih dalam proses nak pulihkan kulit muka, semoga korang berjaya. Keep it up and don't give up! Guna produk yang sesuai dengan kulit muka korang. Jangan terlampu ikutkan viral sehingga rosakkan kulit muka sendiri. Okay?
Yeahhh . Perubahn yg mendadak sangat tue . Alhamdulillah skin pun dah makin sihat . Parut jerawat tu memang lambat sikit nak hilang . Tp kalau konsisten produk yg dpt hilangkan parut insyaAllah lama2 akan hilang jugak
ReplyDeleteAlhamdulillah CL.. tu laa, parut je laa ambil masa lama sikit. Jerawat pun sebijik dua tu, boleh dimaafkan lagi.
Deletebnyak perubahan tu.. alhamdulillah.. tq atas prkongsian ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. banyak dah sikit. Tak kusam macam dulu. Terima kasih jugak ;)
Deletekak mieja follow eyqa:)
ReplyDeleteTerima kasih kak mieja ;)
Deletewahhh bagusnyaa kiranya semua skincare tu sesuai dengan kulit muka la. rice water tu nak pakai masa bila? lepas face wash ke?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. so far sesuai lagi. Yang rice water tu lotion. Lepas cuci muka, pakai sunblock then pakai lotion tu.
DeleteWow. Memang betul - mahal tak semestinya sesuai dengan kulit seseorang kan. Dulu pernah try product Clini*ue tu, memang merah melecur kulit. Pastu cari balik drugstore product - yang biasa gak sesuai hahaha
ReplyDeleteBetul tu.. ada produk yang mahal tapi tak sesuai dengan kulit. Serious laa? Baru nak try produk tu.
DeleteAah la .. jauh beza kulit Eqha dulu engan sekarang. Nasib tak putus asa kan. Syukur alhamdulillah, kekalkan kerajinan dan maintain cute . Nanti nak try serum tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. nasib baik masih konsisten dan istiqamah untuk jaga walaupun kekadang timbul rasa give up tu. Try laa kak sal, seriously best!
DeleteWahhh memang nampak sgt perubahan tu. Lps ni jaga muka elok2 kay
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bersyukur sangat bila dah nampak perubahan nie. InsyaAllah, akan jaga baik baik lepas nie. Taknak dah muka breakout tu lagi!
DeleteSelagi tak jumpa produk yang sesuai dengan kulit selagi itulah kita tak berhenti mencuba pelbagai produk kan. Kadang hormon dan pemakanan pun memainkan peranan pada kulit kita. Contohnya akak sendiri kalau salah makan muka gatal2 pastu nak period mesti timbul jerawat.
ReplyDeleteBetul tu.. tu belum nak period lagi tu, kemain beranak pinak jerawat ;(
DeleteTerima kasih atas produk yg disyorkan. Nampak menarik dan boleh lihat perubahan lps guns
ReplyDeleteSama sama ;) Betul tu, so far nampak perubahan tu
DeleteYa Allah gembira nengok hasil kesabaran Eyqa, sebab Eyqa macam anak Sis tau kulitnya, sampai menangis Sis kalau tengok dia.. alhamdulilah tak kisah pakai, yang penting jangan putus asaaa.. Eyqa memang cantik orangnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah sis, bersyukur sangat dengan skin sekarang. Lama betul tunggu nak dapat result macam nie. Hihihihii terima kasih ;)
DeleteKulit muka akak makin teruk especially bahagian yg tertutup dengan face mask...memang stress..bila la dugaan covid ni nak berakhir..mask kena pakai sepanjang masa kalau kat opis..
ReplyDeleteBetul tu akak.. sejak pakai mask nie, area mask tu banyak jerawat beranak pinak
DeleteAlhamdulillah ada perubahan tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. baru rasa confident sikit sekarang ;)
DeleteTeruk breakoutnya .alhamdulillah da cntik skin now
ReplyDeleteMasya Allah, tabarakallah. Cantik dah kulit awak. Licin sungguh tu. Pencuci muka nombor 1 tu, idaman akak masa zaman sekolah. Dulu teringin sangat nak beli sebab terpengaruh iklan dalam majalah remaja. Tapi bila dah besar, dah ada duit sendiri tak beli pun brand tu.
ReplyDelete