Assalamualaikum
Perginya Insan Yang Aku Sayangi | Pada tanggal 01 Jun 2021, perginya insan yang aku gelarkan dia nenek. Satu-satunya nenek yang masih aku ada, pergi tinggalkan kami semua. Terkejut sebab aku dalam keadaan tidak bersedia. Aku paling takut kehilangan!
Aku last berjumpa dengan nenek seminggu sebelum arwah meninggal pada 25 Mei 2021. Masa tu aku pergi belikan arwah ubat luka. Itu yang last jumpa, aku tengok dan aku pegang dia. Lepas aku jumpa malam tu, aku tak pergi melawat dia. Sebab aku baru report duty tempat kerja baru.
Pada 01 Jun 2021 tu, aku dah bagitahu kakak aku yang aku nak pergi tengok nenek. Nak belikan dia memory card dan letak alunan ayat-ayat suci Al-Quran untuk arwah. Itu memang niat aku dari awal nak melawat nenek hari tu.
Tepat pukul 03.22 petang, aku dapat panggilan telefon dari sepupu aku. Bagitahu aku yang nenek seakan sukar bernafas. Aku bagitahu yang aku dah nak bertolak ke rumah nenek. Aku terus tukar baju, pakai tudung dan cepat-cepat keluar dari rumah.
Masa aku keluar dari rumah, aku call sepupu aku tapi anak dia yang jawab panggilan tu Aku dengar suara sepupu aku menangis. Jam menunjukkan 03.29 petang tu baru aku pegang pintu kereta, anak sepupu aku bagitahu nenek dah tak ada.
Menangis meraung aku dalam kereta sensorang. Aku terkejut dengan berita yang aku baru terima. Aku macam bermimpi! Menggigil kaki tangan masa nak drive ke rumah nenek. Aku takleh nak fikir apa masa tu. Aku cuma call tunang aku.
Tapi masa tu tunang aku sibuk. Dia tak sedar telefon dia berbunyi. Sepanjang jalan aku menangis. Aku cuba video call tunang aku, dia jawab. Dia ingat aku menangis sebab lain, tapi bila aku bagitahu nenek tak ada, dia sendiri seakan terkejut.
Bila aku dah sampai rumah nenek, aku takleh nak jejakkan kaki. Aku takut nak masuk, aku takut nak terima kenyataan. Aku jejak je kaki dalam rumah tu, aku terus peluk sepupu aku. Bila aku pergi ke katil yang nenek aku selalu baring tu, aku nampak nenek aku dah terbaring kaku dan selendang putih yang dulu nenek selalu pakai masa sihat dah tutup seluruh wajah dia.
Aku nangis je. Tapi Allah swt permudahkan segala urusannya. Nak menguruskan jenazah sampai ke tanah perkuburan, alhamdulillah sangat dipermudahkan. Walaupun tak ramai orang sebab musim pandemik Covid-19 nie, alhamdulillah dipermudahkan segalanya.
Jenazah nenek selamat dikebumikan pada pukul 09.40 malam pada 01 Jun 2021. Elok je lepas keluar dari pagar tanah perkuburan, hujan renyai-renyai membasahi bumi. Alhamdulillah.. dari awal sampai akhir, Allah swt permudahkan.
Aku yang penakut nie, cuba beranikan diri ada semasa mandikan jenazah nenek. Aku nak tatap sepuas puasnya. Masa arwah ada, aku tak selalu ada dengannya tapi doaku untuknya tak pernah putus. Dah 5 tahun dia menanggung sakit, biarlah dia tenang di alam sana.
Bersih sangat wajahnya. Kesan lebam masa dia sakit semua hilang. Kuku tangan, kaki semua bersih. Aku seakan tak percaya tau! Besar betul kekuasaanMu ya Allah.
" Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. " - (QS, Luqman 31:34)
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosanya, Kau terimalah segala amal ibadahnya, Kau lapangkan kuburnya, Kau permudahkanlah urusannya di alam barzakh sebelum alam kekal iaitu Akhirat. Pohonkan kami bersama-sama di JannahMu Yang Indah suatu hari nanti. InsyaAllah, aamiin..
Al-Fatihah buat Fatimah Binti Teh. Nenekku yang tersayang yang telah pergi meninggalkan kami semua. Sakitnya rasa ya Allah! Sakit kehilangan.
Salam takziah. Banyakkan bersabar. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Kita pasti akan menyusul, tapi tidak pasti bila masanya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
ReplyDeleteA;l-Fatihah (dengan bacaan) buat arwah Fatimah Binti Teh.
Terima kasih ;)
DeleteSalam takziah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah
Terima kasih ;)
DeleteSemoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Salam takziah
ReplyDeleteInsyaAllah, aamiin.. terima kasih akak ;)
DeleteSalam perkenalan & takziah akak ucapkan atas pemergian nenek eyqa
ReplyDeleteSalam perkenalan akak.. terima kasih ya ;)
Delete