Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak

Assalamualaikum

Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak | Makan nasi lemak dan minum kopi o. Sedapnya! Terbayang-bayang nasi lemak yang ada ikan bilis, kacang, telur dan timun. Boleh bertambah tiga pinggan tu.

Lagipun, nasi lemak ini boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Kadang-kadang masak nasi lemak pagi, boleh buat makan tengahari sekali, kan? Jimat kau! Nasi lemak nie sama seperti nasi ayam. Tak renyah dan tak banyak bahan melainkan korang nak lauk kayangan.

Hari nie aku nak kongsikan dengan korang resepi nasi lemak yang menggunakan santan kotak. Rahsia nasi lemak yang sedap terletak pada sambalnya tau!

Bahan-bahan nasi lemak

1. 4 pot beras
2. 2 kotak santan
3. 2 sudu besar gula
4. 1 sudu kecil garam
5. 1 sudu besar minyak masak
6. 4 helai daun pandan

Cara-cara masak nasi lemak

1. Cuci beras sehingga dan rendam beras dengan air bersih 15 minit
2. Buang air beras itu, masukkan dua kotak santan. Menggunakan kotak santan itu, masukkan dua kotak air bersih
3. Selepas itu, masukkan daun pandan, gula, garam dan minyak masak. Kacau rata dan masukkan periuk nasi.
4. Kalau nasi tak masak lagi tapi periuk nasi dah berbunyi, abaikan. Jangan gaul lagi nasi. Tekan sekali lagi sehingga nasi masak, baru gaul.

Bahan-bahan sambal nasi lemak

1. 4 biji bawang besar *kisar
2. Segenggam cili kering *kisar
3. Sedikit belacan *kisar
4. Segenggam ikan bilis *kisar
5. Setengah sudu kecil asam jawa
6. Gula
7. Garam

Cara-cara masak sambal nasi lemak

1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan menggunakan api yang kecil sahaja
2. Masukkan asam jawa, gula dan garam. Kacau rata dan siap!

Mudah je kan sambalnya? Sambal nasi lemak nie paling mudah dan sedap tau! Tak renyah dan tak banyak bahan digunakan.

Korang boleh laa goreng ikan bilis, rebus telur, goreng kacang dan potong timun. Hidangkan bersama dengan nasi lemak tu. Nak tambah ayam goreng, sambal sotong pun sedap tau!

Macam video aku sertakan nie. Sambal nasi lemak tu aku buat dua jenis. Satu sambal kosong dan sambal satu lagi aku masukkan kerang. Perghh! Tak pandang kiri kanan dah. Secukup rasa! Selamat mencuba korang.

7 Comments

  1. Replies
    1. Hihihiii.. sedap! Cuba laa buat. Mudah je tu~

      Delete
  2. Akak pun buat nasi lemak guna santan kotak...malas nak pi kedai beli santan kelapa fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu laa akak.. stock santan kotak ada kat rumah. So, bila bila masa je boleh buat. Kalau nak beli santan segar, pagi laa oi. Hahahahaaa

      Delete
Previous Post Next Post