Assalamualaikum
Merentasi Sungai Pahang Dengan River Cruise di Taman Esplanade | Rugi kalau tak naik river cruise di Taman Esplanade nie. Pemandangan yang cantik dan sungai yang terbentang luas menjadikan lagi kita terasa nyaman.
Di Taman Esplanade ini, korang yang datang dengan keluarga dapat beristirehat di tepi sungai yang terbentang luas. Banyak kemudahan yang disediakan di Taman Esplanade ini. Antaranya korang dapat menaiki river cruise untuk merentasi Sungai Pahang.
Harga untuk menaiki river cruise juga murah sahaja. Jangan risau! Keselamatan disini terjaga. Sebelum menaiki bot, korang perlu pakai life jacket dan ketatkan mengikut kesesuaian. Selepas itu, baru korang dibenarkan untuk menaiki bot.
Selain itu, terdapat sebuah jambatan gantung yang menghubungkan Taman Esplanade dan Restoran Saiful Patin Gulai Masam. Dengan ketinggian 40.22 meter dan panjang 86 meter hanya boleh dilalui 3 hingga 4 orang sahaja dalam satu masa.
Lokasi: Jalan Ibrahim, 28000 Temerloh, Pahang
#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung
1 Comments
wah bestnya!
ReplyDelete