Assalamualaikum
Langgan Minyak Wangi Scentses + Co Berharga RM49.90 Sebulan Pertama Di Malaysia | Bila sebut langganan, kita kerap didominasikan dengan telco dan siaran televisyen. Tetapi tahukah korang bahawa sekarang dah ada perkhidmatan langganan minyak wangi?
Scentses + Co menyediakan perkhidmatan langganan minyak wangi bulanan untuk pelanggan mereka dengan jenama berjenama seperti Dolce & Gabbana, Versace dan banyak lagi yang pasti akan memenuhi pilihan ramai orang.
Menjadi kebiasaan, kita akan pergi ke kedai untuk membeli wangian dan cuba menghidu pelbagai jenis bauan untuk memilih yang mana sesuai. Tetapi Scentses + Co sentiasa memberikan anda pengalaman bau yang berbeza untuk setiap bulan. Ia disasarkan kepada mereka yang berminat mencuba minyak wangi berjenama berbeza tanpa komitmen.
Selain itu, di laman web mereka, syarikat telah menyediakan maklumat yang mencukupi dan profil personaliti ringkas untuk setiap minyak wangi bagi memudahkan kerja bagi setiap pelanggan.
Macam mana cara nak langgan Scentses + Co
Pilih haruman yang disukai
Korang boleh memilih haruman yang korang sukai. Scentses + Co menyediakan lebih daripada 800+ wangian idaman yang asli.
Dapatkan bekalan bulanan
Dapatkan bau wangian idaman korang sepanjang bulan. Dengan isian 8ml dapat memberikan korang tiga kali semburan setiap hari selama 30 hari dan mungkin akan bertahan lebih lama lagi.Laraskan Scent -Dule
Nak tukar wangian bulan depan atau tukar kekerapan penghantaran? Mereka telah melindungi anda. Laraskan pesanan anda dan pembatalan percuma pada bila-bila masa. Fleksibiliti penuh.
Dengan dua pelan langganan, korang boleh memilih mengikut wangian yang menjadi pilihan hati korang.
- LITE: RM49.90/bulan
- LUXE: RM59.90/bulan
Uruskan Langganan Scentses + Co
Korang boleh uruskan langganan korang sendiri setiap bulan dengan mudah.
Butang "Skip" Sebulan
Dengan butang ini, bulan yang dilangkau tidak akan dicaj. Langganan disambung semula secara automatik pada bulan depan melainkan anda menjeda atau membatalkan langganan.
"Pause" Langganan
Selagi langganan "Pause", tidak akan ada pesanan berulang dan tiada caj dibuat sehingga pelanggan "Resume" langganan secara manual.
Batalkan Langganan
Minyak Wangi Pilihan Utama - Burberry Brit Sheer
Aku memilih wangian Burberry Brit Sheer sebagai minyak wangi untuk aku keluar bersama suami tercinta. Dengan bauan haruman yang segar membuatkan aku sentiasa terasa ceria dan optimistik! Bauan gabungan bunga dan buah-buahan sangat mempesonakan. Bauan ini juga membuatkan terasa seksi.
Jangan korang taktahu ya, Burberry Brit Sheer ini antara wangian best seller di Scentses + Co. Rugi kalau korang tak pilih wangian ini.
Dapatkan Diskaun 10% Sekarang
Nak memilik wangian Scentses + Co ini? Jangan lepaskan peluang yang ada! Dengan menggunakan code EYQA10, korang akan mendapat diskaun sebanyak 10% untuk langganan bulan yang pertama. Wow! Jom-jom subscribe sekarang!
Website: https://scentsesandco.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ScentsesAndCo/
Instagram : https://www.instagram.com/scentsesandco/