Assalamualaikum
Taksir Zakat Sekarang Bersama Lembaga Zakat Selangor Dan Tebus Baucar | Bila sebut pasal zakat, pelbagai jenis zakat yang ada. Antaranya zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian dan zakat saham. Dan seperti kita tahu, sebagai umat Islam kita wajib menunaikan zakat seperti dalam rukun Islam yang ketiga.
Definisi Zakat
Zakat merupakan satu amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang dimiliki. Ianya merupakan salah satu rukun islam yang lima. Dalil kefardhuan ibadah zakat ini di antaranya adalah berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud;
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
Pengertian Zakat Menurut Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Apabila seseorang itu berzakat, dia sebenarnya telah membersihkan harta yang dimiliki. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡ صَدَقَةٗ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٞ لَّهُمۡۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), agar dengan demikian akan membersihkan (harta) dan mensucikan (hati) mereka serta doakanlah mereka, kerana doamu itu akan membawa ketenangan untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui”.
(Surah At-Taubah 9:103)
Bila nak bayar zakat, tak perlu ke kaunter zakat dah. Terdapat cara yang lebih mudah untuk korang membayar zakat. Lembaga Zakat Selangor mengajak kita semua untuk taksir zakat sempena Bulan Taksir Zakat dan menang baucar. Sambil berzakat korang berpeluang dapat memenangi hadiah lagi tu.
Macam Mana Nak Tebus Baucar
Mudah sahaja! Korang hanya perlu ke https://jom.zakatselangor.com.my/, taksir zakat dan menang baucar. Kempen ini bermula 15 Jun sehingga 31 Julai 2022.
Semak Rekod Pembayaran Zakat Dengan E-Zakat Online (EZO)
Jika korang pernah membayar zakat melalui Lembaga Zakat Selangor, korang boleh menyemak butir-butir pembayaran korang yang lepas dengan https://jom.zakatselangor.com.my/.
Jenis-Jenis Zakat
Zakat Pendapatan
Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:
- 5% atas semua pendapatan setelah ditolak had kifayah dan tolakan yang dibenarkan.
- 5% atas semua pendapatan kasar.
Zakat Perniagaan
2.5% atas aset semasa bersih yang diselaraskan.
Zakat Simpanan
2.5% atas baki terendah dan melibihi nisab yang tersimpan selama setahun setelah ditolak faedah.
Zakat Saham
2.5% atas harga semasa (nilai pasaran) semua saham yang dimiliki pada hujung haul dan keuntungan tunai pada sepanjang haul yang diambil oleh pelabur.
Zakat KWSP
Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab. Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain.
Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan.
Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
Zakat Emas
Emas perhiasan wanita ialah emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan. Kiraan zakat emas perhiasan ini adalah 2.5% atas lebihan daripada uruf. Kadar semasa untuk uruf emas perhiasan (yang dikecualikan zakat) ialah 800 gram.
Emas bukan perhiasan ialah emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam bentuk mata wang simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya. Kiraan zakat emas bukan perhiasan adalah 2.5% atas keseluruhan nilai emas, jika melebihi nisab 85 gram.
Zakat Perak
- 2.5% atas perak yang dipakai atau disimpan sama ada menyamai atau melebihi 595 gram yang mengikut harga semasa.
Agigah Lembaga Zakat Selangor
Kisah dibawah merupakan sebuah perkongsian yang aku ambil daripada Facebook Lembaga Zakat Selangor.
Allah uji, tanda Allah sayang"Memang perit, tapi itulah sebaik-baiknya yang Allah telah tentukan. Mungkin ada sesuatu kekhilafan saya, yang saya terleka, lalai, sehingga Allah izinkan mereka untuk meracun ternakan ikan keli saya" ujar Encik Muhammad Sam, pengusaha ternakan ikan keli.Ternakan ikan keli yang diusahakan sejak tahun 2019 yang lalu, dengan kuantiti 50,000 ekor anak benih ikan keli, sambutan amat meberangsangkan."Sehari, saya dapat membekalkan 60kilogram ikan keli ke beberapa buah kedai makan sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang dan Semenyih".Syawal 1443 yang lalu, detik pahit yang dilalui oleh Muhammad Sam, apabila semua ternakannya dikhianati, diracun tanpa meninggalkan sedikit pun. Hasil usahanya beberapa bulan, hilang sekelip mata sahaja.Dengan kudrat yang masih ada, Encik Muhammad Sam keluar menjala dan menjaring ikan di sungai-sungai sekitar rumah untuk menampung perbelanjaan harian.Menyara isteri dan 7 orang anak, 2 darinya telah bekerja dan membantu sedikit sebanyak kos keperluan di rumah termasuk rumah sewa. Manakala 5 orang anak lagi masih bersekolah.Alhamdulillah, atas ehsan pihak surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi serta jemaah, kutipan derma kilat dijalankan. Hasil terkumpul, diserahkan kepada beliau untuk keperluan harian. Dengan bermodalkan RM450, Encik Muhammad Sam membuat tempahan sebanyak 5000 ekor anak benih ikan keli, dan kini memulakan ternakan kembali.Zakat Selangor, segera menziarahi untuk mendapatkan sedikit info tambahan serta keperluannya setelah dia mendaftar sebagai asnaf fakir miskin. Alhamdulillah, dengan kiraan had kifayah pendapatan isi rumah, maka beliau layak.untuk didaftarkan sebagai asnaf miskin.Seterusnya pihak Zakat Selangor akan menyalurkan bantuan asasi untuk tempoh 6 bulan sehingga Disember 2022 selain akan dibantu modal perniagaan permulaan bagi tujuan meneruskan perniagaannya nanti."Terima kasih Lembaga Zakat Selangor, terima kasih pembayar zakat di Selangor, 6 bulan mendatang ini saya akan usahakan untuk keluar dari asnaf sekiranya ternakan ini berjaya, saya yakin dengan kuasa Allah atas ujian ini" – Encik Muhammad Sam
Dengan demikian, perintah wajib berzakat adalah sama seperti perintah menunaikan solat. Selain itu, zakat juga merupakan rukun islam yang ketiga dari lima rukun islam. Hal ini disebut dalam sabda Nabi S.A.W;
بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“lslam itu terbina atas lima perkara: bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Facebook : Lembaga Zakat Selangor
Web : https://www.zakatselangor.com.my/
No tel : 1-300-88-4343
Tags
Bayar Zakat Atas Talian
Bayar Zakat Online
Islam
Lembaga Zakat Selangor
LZS
MyZakat@8
Zakat
Zakat Fitrah
Zakat Perniagaan
Zakat Saham
Terbaik LZS. Siap ada baucer 👍🏻
ReplyDelete