Assalamualaikum
Perkahwinan Yang Menyatukan Dua Jiwa | Bila dah masuk alam rumahtangga, baru aku sedar betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh suami dan isteri. Perkahwinan bukan sekadar menjaga diri daripada dosa dan maksiat, malah memperluaskan hubungan kekeluargaan. Selain itu, pasangan juga perlu mempunyai kefahaman tinggi dalam ilmu rumahtangga.
Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya seperti siang dan malam. Begitulah juga manusia, perkahwinan menemukan pasangan untuk bersama mengharungi segala suka duka kehidupan.
Perkahwinan juga bertujuan memperluaskan hubungan kekeluargaan antara keluarga lelaki dan perempuan dan mengembangkan zuriat keturunan yang soleh. Islam memberi panduan kepada generasi muda yang ingin berkahwin.
Ada yang ingin berkahwin untuk menjaga diri daripada dosa dan maksiat tetapi khuatir sama ada rezekinya mencukupi bagi menanggung keluarga. Sebenarnya, kita perlu yakin bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan.
Sejujurnya, masa awal perkahwinan, aku kerap selisih faham. Betul laa, bila dah kahwin baru kita kenali perangai sebenar pasangan kita. Bukan aku nyatakan suami aku banyak kekurangan tetapi bila dah kahwin, perangai dan sikap tu baru kita belajar nak kenali dan mendalami.
Ujian Mematangkan Usia Perkahwinan
Pada fasa inilah paling banyak dugaan seperti sukar memahami sikap pasangan kerana waktu bercinta jarang pasangan akan menunjukkan sikap sebenar.
Kenangan Awal Perkahwinan
Masa awal perkahwinan, duit simpanan aku dan suami guna untuk beli keperluan rumah. Beli set bilik tidur, dapur gas, peti ais dan mesin basuh. Itu sahaja ya! Makan bersila je dekat ruang tamu. Takde entertainment apa-apa. Sweet moment sangat masa tu!
Selepas dua bulan, abang aku bagi set kerusi dan meja makan. Alhamdulillah, dah boleh makan di meja dan berehat di kerusi. Sekarang serba sedikit tambahkan barangan yang ada. Bersyukur dengan apa yang ada dan hidup bersederhana.
Kenangan takkan boleh beli dan tak pernah jual dimana mana. Aku sangat menghargai apa yang suami aku lakukan untuk bahagiakan aku. Usaha dia untuk senangkan aku, berikan aku nafkah cukup aku yang nampak.
Orang luar hanya nampak kekurangan tetapi takkan pernah nampak usaha. Orang luar hanya tahu pertikaikan tetapi tidak pernah menolong atau memberi moral support. Cukuplah kita dan pasangan hanya tahu apa usaha yang telah kita lakukan. Cukuplah kita tahu macam mana pasangan kita membanting tulang berpeluh keringat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا
“ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa. ”
Alhamdulillah, semoga ikatan terus berkekalan hingga ke jannah. Aamiin
ReplyDeleteAamiin
DeleteAlhamdulillah semoga kekal hingga ke akhir hayat. sesungguhnya dugaan awal 5tahun alam perkahwinan tu memang menguji kita. yang berjaya dgn ujian 5thn pasti selepas 5thn akan rasa keseronokkn selepas dari itu, hehe... follower baru sini <3
ReplyDelete