Assalamualaikum
Mortgage Calculator UK Membantu Kiraan Pasaran Hartanah | Semasa Covid19 melanda dunia, seluruh negara terkena tempiasnya dari segi kesihatan, ekonomi yang meleset, hilang pekerjaan dan sebagainya.
Tak lupa juga apabila kita terpaksa bekerja dari rumah. Dan apa yang aku perasan apabila bekerja dari rumah, perspektif terhadap hartanah semakin berubah. Beli rumah atau menyewa merupakan dua benda yang mempunyai pro and cons tersendiri.
Ada orang fikir menyewa lebih baik berbanding membeli rumah. Semuanya bergantung pada kewangan korang sendiri. Jika korang mampu, korang dah boleh membeli sebuah rumah. Tak perlu menyewa rumah lagi.
Menurut Bloomberg, Gilles Martin, yang syarikat ujian makmalnya Eurofins berkembang pesat semasa wabak itu, dan abangnya telah membeli empat vila dengan harga lebih daripada €130 juta di "Billionaire Peninsula".
Nampak tak? Walaupun Covid19 melanda diseluruh dunia dan pasaran hartanah turut terkesan, namun masih ada yang membeli untuk pelaburan jangka masa panjang.
Sekiranya jika korang memutuskan untuk membeli rumah namun tidak tahu cara pengiraan untuk kadar faedah pinjaman daripada pihak bank, korang boleh menggunakan Mortgage Calculator UK untuk membuat kiraan.
Mortgage Calculator UK
Mortgage Calculator UK pada asalnya memenuhi keperluan pasaran UK tetapi ia juga boleh digunakan walaupun korang membeli rumah di Malaysia. Ini kerana hanya unit mata wang dan harga rumah yang berubah.
Menariknya menggunakan Mortgage Calculator UK kerana mudah sahaja nak guna. Kalau tengok dalam kalkulator tersebut, ada tertulis mengenai harga rumah, bilangan tahun sehinggalah total harga kena bayar termasuk bunga.
Kesimpulannya, kalau korang berminat nak beli atau ada perancangan untuk membeli rumah, korang bolehlah guna kalkulator tersebut agar perancangan korang lebih teratur.
Sebagai contoh hasil pengiraan yang aku telah buat. Jumlah pinjaman aku adalah £668,007.32 bersamaan RM3,566,194.90. Dan pinjaman bulanan yang perlu aku bayar adalah £2,126.69 bersamaan RM11,353.45.
Nampak tak gambarannya? Korang yang nak membeli rumah boleh membeli mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Dan hanya dengan menggunakan Mortgage Calculator UK, korang boleh kira sendiri berapa kos bayaran bulanan yang perlu bayar. Mudah kan?
Tags
Bloomberg
Buat Duit Dari Rumah
Collaboration
Hartanah
Mortgage Calculator UK
Rumah Beli
Rumah Mampu Milik
Tip
Tips
Tips Beli Rumah