Cara Atasi Masalah Ekzema Yang Kronik | Mandian

Assalamualaikum


eczerma-atopic dermatitis


Cara Atasi Masalah Ekzema Yang Kronik | Mandian | Korang ada masalah ekzema? Gatal-gatal yang boleh kita tergaru-garu sampai luka kulit. Ekzema yang juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Ekzema tidak semestinya bayi, orang dewasa juga masih ada ekzema ya.


Apakah Penyebab Ekzema?


  1. Keturunan yang mempunyai sejarah ekzema
  2. Alahan dari pelbagai punca
  3. Kulit kering, gatal dan sensitif pada cuaca dan keadaan yang panas, kain yang berbulu dan permukaan yang kasar
  4. Alahan pada bahan makanan dan lain-lain yang menyebab ekzema
  5. Punca lain yang boleh menyebabkan ekzema:
  6. Infeksi virus terhadap kulit
  7. Alahan terhadap bahan kimia; sabun, pencuci dan minyak wangi
  8. Lain-lain jangkitan


Tanda-tanda Ekzema


  1. Tompok-tompok yang gatal, terjadinya kulit kering dan gatal-gatal pada tangan, leher, muka dan kaki
  2. Kemerahan pada kulit, bersisik dan perubahan warna kulit
  3. Timbulnya bengkak-bengkak yang kecil pada kulit


Cara Merawat Ekzema


Seperti sedia maklum, ekzema ini tidak boleh sembuh tetapi boleh dirawat secara berkala. Macam mana nak merawat ekzema?


  1. Korang perlu menggunakan ubat pencegah gatal; antihistamin
  2. Gunakan losyen atau krim pelembap agar kulit tidak kekeringan yang menyebabkan gatal


Tetapi jika makin teruk atau tidak mengurangkan langsung, dapatkan rawatan doktor dengan segera.


Cara Atasi Masalah Ekzema


  1. Pastikan korang berada dalam bilik yang selesa dan pengudaraan yang sesuai
  2. Elakkan mandi air panas atau suam
  3. Elakkan memakai baju yang berlapis-lapis. Gunakan pakaian yang kain kapas dan nipis
  4. Jangan memakai pakaian menggunakan fabrik yang kasar dan tidak serap peluh
  5. Jangan menggunakan sabun antibakteria
  6. Kenal pasti alahan dari alahan


Sebamed Cleansing Bar Merawat Masalah Ekzema


eczema-sebamed


Aku yang mempunyai masalah ekzema sejujurnya sangat-sangat susah nak cari sabun bersesuaian dengan kulit aku. Pernah guna sabun antibakteria, menangis ye tahan gatal dan pedih akibat kulit menjadi terlampau kering.


Atas nasihat doktor, aku tukar sabun dan tidak lagi menggunakan sabun antibakteria. Aku hanya menggunakan sabun biasa. Tetapi sekarang aku baru mencuba Sebamed Cleansing Bar. Alhamdulillah.. sepanjang aku cuba sabun ini, aku tidak lagi hadap masalah kulit kering dan gatal.


Kandungan Sebamed Cleansing Bar


sebamed-eczema


Disodium Lauryl Sulfosuccinate, Triticum vulgare starch, Stearic Acid, Cetearyl Alcohol, Palmitic Acid, Talc, Lactic Acid, Aqua, Lecithin, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Cocamidopropyl Betaine, Panthenol, Inulin, Sodium Cocoyl Glutamate, Tocopheryl Acetate, Glycine, Magnesium Aspartate, Alanine, Lysine, Leucine, Benzophenone-4, Tartaric Acid, Parfum, CI 47005, CI 61570, CI 77891.


Sabun ini mempunyai klinikal test tau! Sebab tu aku yakin untuk menggunakannya. Dan aku akan terus gunakan sabun ini. Harga pun murah je! Jadi, aku sarankan kepada korang yang mempunyai ekzema untuk cuba Sebamed Cleansing Bar.



Post a Comment

Previous Post Next Post