Assalamualaikum
Safa Soap Deep Cleansing Raudah Beauty | Hilangkan Jerawat Dan Kegatalan Pada Kulit Wajah | Kegatalan pada kulit wajah buatkan kita tak selesa dan rimas. Bukan itu sahaja, kegatalan juga menganggu aktiviti harian kita. Bila kulit terasa gatal, mustahil untuk kita asyik menggaru. Boleh merosakkan kulit wajah kita.
Aku yang mengalami masalah kulit berjerawat dan kerap gatal kulit wajah, terasa begitu janggal dan kurang keyakinan diri. Tukar pencuci muka, hasilnya tetap sama. Walaupun setiap kali selepas cuci muka aku rasa aku dah cuci dengan bersih, kadang kala ia tidak terlalu membantu.
Apakah punca kulit muka gatal?
Sebelum merawat, korang perlu mengambil tahu, apakah punca kulit muka korang gatal. Kadang kala berpunca daripada resdung yang menyerang. Tetapi banyak lagi punca yang menyebabkan kegatalan kulit muka.
Alergi -
Kesan reaksi alergi pada sesuatu bahan atau kandungan akan menyebabkan
kegatalan seperti skincare, habuk, debu, kosmetik, ubat-ubatan, bulu
kucing dan makanan.
Jerawat - Bila jerawat nak tumbuh seperti cendawan, semestinya kulit akan menjadi gatal-gatal yang melampau.
Salah seorang rakan blogger memperkenalkan Safa Soap Deep Cleansing dari Raudah Beauty yang direka khas untuk membantu mengecutkan jerawat dan gatal-gatal pada kulit muka. Dengan bersaiz kecil sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Safa Soap Face Deep Cleansing ini memberikan kesan yang baik untuk kulit muka aku.
Selain itu, aku juga menyarankan korang untuk tukar pencuci muka kepada Safa Soap Face Deep Cleansing. Korang yang mempunyai masalah seperti aku nyatakan dibawah, boleh cepat-cepat tukar pencuci muka sekarang.
Masalah kulit wajah yang sesuai menggunakan Safa Soap Deep Cleansing
- Kulit muka berjerawat dan kemerahan
- Kulit muka berminyak dan kusam
- Kulit muka kemerahan disebabkan gatal-gatal
- Kerap bersin, hidung dan mata gatal-gatal disebabkan resdung
8 Kelebihan Safa Soap Face Deep Cleansing
- Membantu mengurangkan kegatalan di muka akibat resdung, debu dan alahan bulu kucing
- Membantu menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat
- Memudarkan parut hitam akibat jerawat
- Mengecutkan jerawat
- Tidak membuatkan kulit jadi tegang selepas mencuci muka
- Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah
- Membersihkan sehingga ke liang pori
- Mengawal minyak di muka
3 Langkah Mudah Menggunakan Safa Soap Face Deep Cleansing
- Basahkan muka terlebih dahulu dengan air suam/air bersih
- Basahkan sabun dengan air dan gosok perlahan-lahan sehingga mengeluarkan buih
- Sapu lembut pada wajah dan urut dua hingga tiga minit. Kemudian bilas seperti biasa
Bahan Kandungan Safa Soap Face Deep Cleansing
Aqua, Lauric Acid, Stearic Acid, Decyl Glucoside, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Sucrose, Propylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Propanediol, Sorbitol, Sodium Lactate, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizinate, D-panthenol, Sodium Citrate, Niacinamide, Pelargonium Graveolens (Geranium) Flower Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Oil, Bifida Ferment Lysate, Salicylic Acid, Sodium Chloride.
Dan untuk pengetahuan korang, penggunaan sabun ini tiada kesan sampingan untuk kulit yang berminyak. Manakala untuk kulit kering, korang digalakkan pakai moisturizer, essence dan face oil bagi mengelakkan kulit korang bertambah kering.
Testimoni Safa Soap Face Deep Cleansing dari Raudah Beauty sebagai pengguna
Aku sebagai pengguna Safa Soap Face Deep Cleansing nie sangat terasa perbezaannya. Selepas penggunaan selama sebulan, kulit wajah aku dah berkurang gatal-gatal apabila nak tumbuh jerawat, terkena debu dan habuk semasa kerja dan sebagainya. Dan kulit aku bertambah lembap dan bersih.
Kalau korang nak miliki Safa Soap Face Deep Cleansing dari Raudah Beauty atau ingin mengetahui lebih lanjut, korang boleh terus tekan link dibawah.
Website: https://raudahbeauty.com/
Facebook: raudahbeautymy
Tiktok: Raudah Beauty
Instagram: raudahbeautyofficial
1 Comments
Bagus la sabun ni, boleh kecutkan jerawat
ReplyDelete