Assalamualaikum
Bersedekah Hanya Di Hujung Jari Dengan Aplikasi Sujood | Terengganu adalah sebuah negeri di Malaysia. Terletak di pantai timur dan bersempadan dengan Kelantan dan Pahang. Terengganu mempunyai 8 daerah iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut. Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Terengganu sangat terkenal dengan keropok lekor kerana limpahan hasil laut tersebut. Keropok lekor Terengganu sangat enak kerana kaya dengan isi ikan berbanding tepung. Pusat pelancongan juga banyak di negeri ini antaranya Pulau Perhentian, Pulau Redang, Rantau Abang dan lain-lain. Terengganu juga mempunyai sumber petroleum yang merupakan sumber terbesar hasil pendapatan di Terengganu.
Agama Islam juga turut mekar di negeri ini. Terdapat banyak alim ulama yang lahir di negeri ini. Kuliah agama merata di negeri ini. Pondok untuk anak-anak mencari ilmu juga banyak di negeri ini. Bilangan masjid juga adalah dalam 500 buah termasuk masjid kerajaan. Dipercayai negeri Terengganu adalah antara yang terawal menerima ajaran Islam di rantau ini. Penemuan batu bersurat di Terengganu telah membuktikannya. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Sejak itu, agama Islam telah tersebar luas di negeri ini dan seterusnya ke negeri - negeri lain. Terengganu mempunyai masjid yang unik antaranya adalah masjid kristal dan masjid lapan kubah.
Masjid lapan kubah adalah terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh Terengganu. masjid ini mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia. Masjid yang siap pada tahun 2018 dengan kos RM4 juta. Masjid ini dibina bertujuan untuk menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia lebih 100 tahun dan usang. Masjid ini dibina adalah hasil sumbangan daripada orang ramai.
Ia dibina menggunakan arkitek dan 100 peratus tenaga tempatan di atas tanah bekas tapak sawah padi dan boleh menampung seramai 500 jemaah dalam satu-satu masa. Selain daripada itu, masjid ini juga lengkap dengan kemudahan untuk persinggahan musafir menunaikan solat termasuk kemudahan mesin air minum serta tempat duduk untuk berehat melepaskan penat. Tidak ketinggalan juga, turut disediakan tempat meninjau untuk orang ramai mengabadikan gambar kenangan di sini. Masjid ini tersenarai antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan pelancong yang terdapat di negeri Terengganu. Hasil usaha penduduk sekitar diatas cetusan idea bekas pemimpin di Besut, Dato Seri Idris Jusoh telah berjaya meningkatkan ekonomi dan pelancongan dikawasan sekitar. Masjid ini telah membuatkan kampung tersebut dikenali ramai sehingga pelusuk negara yang datang ke masjid ini.
Jika dahulu cara sumbangan adalah terhad, sekarang ini hanya dengan hujung jari sahaja kutipan derma dapat dijalankan. Aplikasi Sujood diperkenalkan untuk memudahkan sumbangan dilakukan dengan lebih tepat, teratur dan berkesan. Selaras dengan dunia teknologi kini, sumbangan boleh dibuat secara maya tanpa melupakan kutipan secara biasa melalui tabung masjid. Kekurangan kutipan secara tunai atau tabung ini, kutipan yang dibuat terhad kepada ahli qariah dan orang yang mengunjungi masjid sahaja. Selain itu, terdedah juga kepada risiko kecurian kerana tabung masjid sering kali dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Orang masjid juga terpaksa mengira wang tersebut dan perlu ke bank untuk masukkan duit ke dalam akaun masjid. Dengan aplikasi ini, kurangnya orang tengah dapat diwujudkan. Duit akan terus masuk ke akaun bank masjid dan terdapat rekod kredit dan debit. Pihak masjid dapat mengesan duit yang masuk dan keluar untuk memastikan duit yang digunakan adalah untuk tujuan kegunaan masjid sahaja.
Kutipan derma untuk masjid juga mudah. Sebagai contoh kutipan derma untuk masjid 8 kubah ini.
Masjid boleh daftar secara percuma melalui aplikasi Sujood ini, dan boleh terus masukkan data berkenaan masjid seperti di bawah.
https://masjidlapankubahbesut.sujood.net
Link akan kelihatan setelah kita berjaya mengisi maklumat masjid . Link ini masjid boleh kongsikan kepada semua sama ada melalui facebook, whatapps dan sebagainya. Maklumat akan pantas tersebar dan sasaran derma akan menjadi lebih cepat dicapai. Orang ramai yang ingin menderma boleh derma melalui link yang tertera. Sangat mudah jika kita ingin merahsiakan identiti kita, kita boleh pilih sebagai "hamba Allah" sahaja. Jika kita sudah menderma, tak salah kita turut kongsikan link tersebut kepada keluarga, kawan-kawan dan saudara mara kita. Asbab daripada perkongsian yang kita lakukan, link tersebut bertebaran kepada semua orang dan akhirnya saham akhirat telah kita capai. Derma yang boleh dilakukan adalah mengikut kemampuan sama ada kecil atau besar. Jika kita derma dalam masa yang sama kita memerlukan, insyaAllah kita akan dapat manfaatnya pada kemudian hari. Allah tidak akan mengurangkan walau sedikit mana pun rezeki kita dengan menderma.
Masjid dan orang ramai adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Pelbagai kemudahan di masjid yang boleh dimanfaatkan orang ramai antaranya sebagai pusat keilmuan, tempat berlindung ketika musibah, tempat memohon bantuan dan tempat bersilaturahim. Masjid sebagai tempat kerohaniah kerana disini dilaksanakan sembahyang secara berjemaah 5 waktu sehari daripada Subuh hingga Isyak. Tidak lupa juga jika kita beriktikaf, masjid juga ada menganjurkan qiamulail perdana bertujuan untuk beribadah kepada Allah. Menjelang Ramadhan juga, masjid akan mengadakan iftar setiap malam hasil sumbangan orang ramai. Orang yang berkemampuan atau tidak boleh bersama-sama menghadiri majlis iftar ini.
Selain itu, masjid juga yang menguruskan majlis qurban di kampung-kampung dan juga jika berlaku kematian, peralatan memandikan jenazah juga terletak di masjid. Boleh dikatakan masjid adalah tempat utama untuk umat Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab umat Islam itu sendiri memakmurkan masjid tersebut.
Aplikasi Sujood ini diharap dapat dijadi kan sebagai platform utama kutipan derma bagi pihak masjid. Aplikasi ini memudahkan masjid itu sendiri dan juga orang ramai. Apabila cara kutipan diseragamkan, insyaAllah ketelusan dan ketepatan penerimaan tersebut dapat diwujudkan.
Selain daripada mengutip derma, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk bayaran zakat di setiap negeri. Ini penting lebih lebih lagi bayaran zakat fitrah didalam bulan Ramadhan. Tidak menjadi masalah jika telah diselesaikan pada awal Ramadhan. Kita dapat bayar melalui amil yang dilantik. Sekiranya terlupa membayar dan ketika itu sudah dipenghujung Ramadhan , aplikasi Sujood inilah sebagai penyelesaiannya. Orang ramai yang mendaftar di Sujood boleh membayar zakat di aplikasi ini. Boleh pilih negeri masing-masing dan akan dipanjangkan kepada pusat zakat negeri pilihan. Zakat adalah wajib dikeluarkan kerana terletak dalam rukun Islam yang keempat.
Selain itu, fungsi aplikasi ini juga adalah terdapat zikir selepas solat. Bagi yang belum hafal , boleh menjadi rujukan selepas solat fardhu. Jika sudah lama amalkan, insyaAllah akan menjadi amalan tanpa perlu merujuk lagi. Jadi kita amalkan insyaAllah akan menjadi darah daging kita. Selain itu, aplikasi ini juga terdapat senarai tazkirah yang boleh kita baca. Tazkirah ini bertujuan untuk mengingatkan kita berkenaan tujuan hidup di dunia ini. Kita sebagai umat Islam mestilah mempunyai tarbiah untuk melaksanakan kehidupan didunia ini. kehidupan yang baik didunia ini insyaAllah akan selamat di akhirat kelak. Antara penyumbang tulisan tazkirah ini adalah dari kalangan ustaz dan astatizah terkemuka negara, pensyarah dan pejabat mufti. Pengguna boleh membaca tazkirah ini sedikit sebanyak dapat mengambil ibrah didalamnya. Sebagai contohnya soalan berkenaan dengan mewakafkan harta milik kita tetapi atas nama Allahyarham, adakah sampai kepada simati. Jawapan telah dikupas oleh Ustaz Mohamad Abdul Kadir Bin Ishak daripada jabatan mufti Perlis.
Masjid adalah simbol bagi umat Islam. Jika kuat orang Islam nya maka boleh melihat suasana masjid didalam kawasan tersebut. Sebagai contoh, masjid di Taman Temerloh Jaya yang viral dengan ramainya orang yang berjemaah di waktu Subuh. Melimpah sehingga keluar. Ini menunjukkan penduduk sekitar yang sangat dekat dengan masjid. Dengan izin Allah jemaah yang menunaikan solat Subuh sangat ramai sehingga keluar. Usaha sama pihak masjid juga yang mendekati penduduk sekitar telah membantu dalam merapatkan lagi penduduk sekitar dengan masjid. Sesungguhnya yang menjaga hati kita adalah Allah taala. Berdoalah agar sentiasa istiqamah dalan melakukan sesuatu kebaikan.
Kekuatan umat Islam akan menjadi lebih utuh apabila pemakmuran masjid di kawasan tersebut dilakukan.Majlis berbuka puasa, kenduri kendara yang dibuat secara rewang akan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan penduduk setempat. Dari situ perpaduan umat Islam akan menjadi lebih teguh dan dihormati oleh agama yang lain. Islam mengajar kita untuk menghormati umat agama lain untuk mengelakkan agama kita dicerca dan dihina oleh mereka. Umat Islam mestilah menunjukkan contoh yang baik kerana membawa imej agama itu sendiri. Jika kita tidak menunjukkan contoh yang baik, pasti agama kita juga akan terpalit. Orang agama lain tidak akan menghormati kita sebagai umat Islam. Seterusnya agama kita akan nampak hina dimata orang lain.
Jom sama-sama kita mendaftar aplikasi Sujood ini. Sebuah aplikasi yang berguna untuk kita menderma tidak kira masa dan tempat. Dapat menyemai sifat pemurah yang ada dalam diri dan dapat beramal kebaikan secara rahsia tanpa pengetahuan orang lain. Jika 1 kebaikan yang kita lakukan insyaAllah akan dibalas dalam 10 kebaikan. Yang penting niat yang ikhlas bertujuan untuk memakmurkan masjid dan menjulang agama Islam. Mari sama kita doakan agar pencipta aplikasi ini mendapat redha Ilahi kerana telah mencipta satu aplikasi yang memudahkan pihak masjid untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai. Semoga aplikasi ini menjadi one stop centre untuk semua umat Islam, yang mengediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan orang Islam. Umat Islam juga yang untung kerana mempunyai masjid yang indah dan aktif dalam menjalankan program program keagamaan hasil daripada derma orang ramai. Jika manfaatkan hasil derma orang ramai kepada agama Islam insyaallah usahanya tidak sia sia dan akan mendapat ganjaran kelak diakhirat.
Jom tengok banyak fungsi lain di https://sujood.net