Assalamualaikum
Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua | Alhamdulillah.. pejam celik, pejam celik, dah genap dua tahun usia perkahwinan aku pada 23 September 2023. Tak sangka, aku dan suami berjaya hadapi ujian dan dugaan yang datang sampai ke tahap ini. Walaupun ujian dan dugaan orang lebih besar dan rumit.
Tak nak tulis panjang-panjang. Cukup sekadar coretan yang sentiasa menjadi memori terindah dalam hidup kami berdua.
Baca: Setahun Bergelar Isteri Yang Mencabar
Tapi nak, masa 22 September 2023 tu, dalam pukul 11.30 malam. Aku tengah edit video nak upload dalam Instagram. Suami aku nampak aku fokus betul. Dia pun menganjing aku ye, dia cakap " Nak buat video yang anniversary laa tu ". Aku terus macam terkejut sebab suami aku ingat tarikh anniversary! Sebab lelaki kan biasanya mudah lupa.
Tepat pukul 12.00 tengah malam, dah masuk tarikh 23 September 2023. Suami aku fokus betul ye main games. Aku diam je, nak tengok dia wish tak. Aku biarkan je dia tu. Sekali pukul 12.30 tengah malam, aku pun wish dalam keadaan merajuk " Happy anniversary abang. Nak tidur, merajuk tak ingat anniversary kita. Baru tahun kedua! ". Hahahahahaaa.. terus dia tutup handphone. Tahu takut!
" Sayang.. abang ingat baru 22 September. Abang ingat esok baru 23 September. Happy anniversary sayang ". Ehh! Dia boleh tergelak-gelak minta maaf. Geram betul! Tarikh pun boleh silap. Padahal sejam yang lepas, dia yang menganjing aku.
Selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua suamiku tercinta. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati rumahtangga kita berdua. Jangan pernah mengalah dalam memimpin tanganku ke SyurgaNya. Terima kasih kerana sentiasa kuat untuk hadapi ujian bersama. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dalam mendidik isteri mu ini. Terima kasih kerana selalu menolong menguruskan rumahtangga kita.
Semoga Allah s.w.t kurniakan zuriat yang soleh dan solehah (amanah terbesar) kepada kita.
Ù‡ُÙ†َالِÙƒَ دَعَا زَÙƒَرِÙŠَّا رَبَّÙ‡ٗ ۚ Ù‚َالَ رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠْ Ù…ِÙ†ْ Ù„َّدُÙ†ْÙƒَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً ۚ اِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِÙŠْعُ الدُّعَاۤØ¡ِ
“ Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” - (Surah Ali-Imran, ayat 38)
Korang doakan untuk aku dan suami dikurniakan zuriat ya. Mana tahu, ada doa antara korang diangkat olehNya. Dua tahun yang mencabar bila orang asyik bertanya bila nak ada anak. Mental boleh down bila asyik jawab soalan yang sama.
Allahumma Ya Mujib, kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepada Nursyafiqa Binti Hasnan dan angkatlah segala penyakit zahir dan batinnya. Aamiin Ya Allah Ya Mujib..
135 hari → Berkenalan sejak bertentang mata
707 hari → Bercinta mencari jawapan
257 hari → Mengikat tali pertunangan
730 hari → Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri
Always save this date 📌 This day never gets old. The day we celebrate the best decision we've ever made. Happy 2nd anniversary abang ❤️ Celebrate another year with my forever 💕