Hutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun

Assalamualaikum

Hutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun | Alhamdulillah.. Segala puji bagiMu ya Allah. Siapa sangka, di usia 28 tahun yang hampir menjangkau usia 29 tahun, aku mampu memiliki kenderaan sendiri walaupun dalam status 'berhutang' dengan bank.

Terlambat? Tak pernah terdetik untuk memiliki sesuatu itu sebagai satu perlumbaan. Jika dah tiba waktunya Allah swt kurniakan rezeki yang lebih, bolehlaa kita miliki apa yang kita idamkan. Jangan pernah terdetik bahawa kita lambat untuk milikinya. Masanya akan tiba jua.

Axia je? Ye dik.. mampu beli Axia je. Itu berhutang selama tahun. Asalkan komitmen bulanan rendah, jimat minyak dan tak bebankan diri sendiri untuk bayar hutang. Walau apa pun komen orang sekeliling, aku tak pernah hiraukan. Kadang-kadang terlalu banyak dengar kata orang boleh penatkan mental jugak.

Sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih. Urusan aku dipermudahkan dari awal sehingga urusan pick up kereta tu. 20 November 2023 aku test drive kereta, 21 November 2023 submit loan, 22 November 2023 loan lulus, 23 November sign agreement, 28 November 2023 pilih plate kereta, 03 Disember 2023 dapat panggilan yang kereta dah sedia untuk pickup dan 04 Disember 2023 aku dah pickup kereta tu.

Ya Allah! Rasa nak menangis bila nampak kereta tu. Satu-satunya harta berharga yang aku ada atas nama aku sendiri, hasil titikpeluh aku bekerja selama ini.

Terima kasih ya Allah di atas kurnianMu yang sentiasa permudahkan urusanku. Semoga Nursyafiqa Binti Hasnan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Aamiin..

Post a Comment

Previous Post Next Post