Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari MKM

Assalamualaikum

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari MKM | Bila dah nak raya Aidilfitri, bermakna tak lama umat Islam akan mengerjakan haji. Haji hanya boleh ditunaikan dalam bulan-bulan haji sahaja iaitu mulai dari 01 Syawal hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Definisi Haji

Haji adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd

Kini MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.

Bagi yang ingin mengerjakan haji, sudah tentu mencari pakej haji terbaik yang menyediakan pelbagai kemudahan dengan tawaran harga yang menarik. Dengan MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd, kini korang boleh pilih Pakej Haji 2025 yang menarik dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan.

Terdapat 5 pilihan Pakej Haji Swasta yang sediakan di MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd. Antaranya:-

Pakej Salam

TEMPOH PERJALANAN +/- 40 hari *Tertakluk penerbangan carter TH

  • MINA: Khemah Muassasah (Muassim)
  • MEKAH: Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Harga bermula dari RM 54,900

Pakej Salam Plus

TEMPOH PERJALANAN +/- 40-45 hari *Tertakluk penerbangan carter TH

  • AZIZIYA: V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 670m)
  • MEKAH: Maysan Al-Mashaer (+/- 430 dari Dataran Masjid Al-Haram)
  • MADINAH: Worth Peninsula (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)

Harga bermula dari RM 58,0000

Pakej Menara Jam

TEMPOH PERJALANAN +/- 40 hari *Tertakluk penerbangan carter TH

  • AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
  • MEKAH: Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Harga bermula dari RM 75,900

Pakej Safa

TEMPOH PERJALANAN +/- 20 hari *Tertakluk penerbangan carter TH

  • AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
  • MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Harga bermula dari RM 115,000

Pakej Firdaus

TEMPOH PERJALANAN +/- 18 hari *Tertakluk penerbangan carter TH

  • AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
  • MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
  • Penerbangan Business Class - (tertakluk kepada kelulusan TH)
  • Airport Khas (Ketika ketibaan di Saudi)
  • Premium Lounge
  • GMC & Bas VVIP
  • Khemah VIP Mina (PMN)

Harga bermula dari RM 275,000

Selain itu, terdapat 6 sebab kenapa perlu pilih MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pilihan pertama anda.

Pengelola Jemaah Haji yang Sah

  • Berdaftar dengan MOTAC
  • Pengelola Jemaah Haji yang sah dibawah Tabung Haji

Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu & Berpengalaman

  • Berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci
  • Menjaga kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun
  • Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik

Khemah di Arafah dan Mina


  • Khemah, makanan/minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan dibawah kelolaan Mashariq
  • Melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah

Barang Hadiah Haji

  • Beg Pakaian
  • Beg Sandang
  • Beg Bimbit
  • Beg Kasut
  • Beg & Sejadah
  • Beg Uncang
  • Tag Beg & Kipas Tangan
  • Buku Panduan Haji
  • Bantal Leher
  • Kain Ihram / Mini Telekung
  • Botol Wudhuk
  • Tasbih Digital

Ziarah dan Lawatan *Bergantung kepada perubahan semasa

  • Ziarah Makkah:
    Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.
  • Ziarah Madinah:
    Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.
  • Lawatan Luar:
    Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.

Pengajian Kelas Agama

Sebelum mengerjakan Haji, semestinya perlu mengikuti Kursus Haji. Pakej Haji Premium ini semestinya menyediakan:

  • Kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci
  • Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
  • Soal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji

Barisan Mutawif

Mutawif ialah insan penting di sebalik perjalanan jemaah sepanjang mengerjakan umrah dan haji di Tanah Suci. Mutawif ialah orang yang bertanggungjawab mengawasi, membantu dan membimbing jemaah haji atau umrah semasa mereka disana.

Barisan Mutawif di MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd tak boleh disangkal lagi dengan pengalaman yang lebih dari 5 tahun pengalaman sehingga 25 lima tahun pengalaman.

Siapa yang layak untuk memohon pakej Haji MKM Travel?

Kategori 1: Telah mendapat tawaran haji.

Kategori 2: Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan.

Kedua-dua kategori diatas layak untuk mendaftar pakej Haji MKM Travel.

Bagaimana untuk mendaftar haji melalui pakej Haji MKM Travel?

Bakal jemaah haji boleh muat turun dan lengkapkan borang pendaftaran Pakej Haji MKM Travel. Tiada bayaran deposit untuk jemaah terpilih dan jemaah masih dalam status rayuan.

Bagaimana cara untuk saya memohon rayuan menunaikan ibadah haji?

Bakal jemaah yang telah mendaftar haji sekurang-kurangnya 4 tahun dari tahun semasa boleh mendaftar bersama MKM Travel dan membuat rayuan melalui aplikasi THIJARI. Keputusan rayuan tertakluk kepada kouta Tabung Haji.

Jadi, jika korang sedang mencari pakej haji premium seperti ditawarkan ini, korang boleh terus ke laman web Pakej Haji Swasta Dan Premium Dari MKM sekarang. Ataupun korang boleh hubungi nombor dibawah:-

Alamat: Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079 

Email: haji@mkm.my 

Laman Web: https://www.mkm.my

Post a Comment

0 Comments